Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Nasioncom bagi Semakan Kehakiman

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2008

Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk memihak kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan menolak dengan kos permohonan untuk semakan kehakiman Nasioncom Holdings Berhad berkenaan dengan arahan SC yang dikeluarkan pada tahun 2007 agar syarikat tersebut membetulkan dan mengeluarkan semula penyata kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005.

Pada Mac 2007, Nasioncom menfailkan prosiding bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi memohon perintah Mahkamah untuk membatalkan keputusan SC tersebut atas alasan mala fide, tidak rasional dan melanggar keadilan asasi.

Dalam menyampaikan keputusan beliau di Mahkamah terbuka, Hakim Lau Bee Lan mengumumkan bahawa selepas mempertimbangkan permohonan kedua-dua pihak, Mahkamah tidak berpuas hati bahawa Nasioncom berjaya mengemukakan apa-apa alasan pencabaran. Hakim Lau juga telah membayangkan bahawa alasan penghakiman bertulis akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.

Nasioncom akan merayu di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup