Majlis Penasihat Syariah SC terima Niaga Hadapan Saham Tunggal sebagai Instrument Patuh Syariah

Menambah Rangkaian Instrumen Islam bagi Pelabur

Kuala Lumpur, 26 Jun 2006

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan niaga hadapan saham tunggal (SSF) sebagai instrumen patuh Syariah, dengan syarat saham pendasar SSF tersebut adalah patuh Syariah. Perkembangan terkini ini memberikan para pelabur satu lagi alternatif pelaburan Islam, serta alat patuh Syariah untuk mengurus risiko yang berkaitan dengan saham patuh Syariah.

SSF diperkenalkan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) pada bulan April 2006 sebagai satu alat untuk mengurus risiko harga saham dan sebagai cara yang lebih berkesanan kos bagi memperoleh pendedahan kepada pasaran ekuiti.

Berpandukan senarai sekuriti patuh Syariah MPS setakat April 2006, lima dariapda 10 SSF yang kini didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives Berhad adalah patuh Syariah, iaitu AirAsia, IOI Corporation, Maxis Communications, Scomi Group and Telekom Malaysia.

Keputusan MPS tersebut memenuhi aspirasi Rancangan Malaysia ke-9 untuk menggalakkan sektor perkhidmatan kewangan yang rancak melalui pengenalan produk baru dalam pasaran derivatif serta meletakkan kedudukan Malaysia sebagai pusat global bagi produk pasaran modal Islam. Kelulusan SSF sebagai patuh Syariah juga sejajar dengan saranan Pelan Induk Pasaran Modal SC untuk memperkenalkan lebih banyak produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang kompetitif dan inovatif.

SSF yang diluluskan oleh MPS adalah berdasarkan bahawa instrumen tesebut adalah bebas daripada unsur yang berkaitan dengan muqamarah (perjudian), bai’ ma’dum (belian dan jualan sesuatu yang tidak wujud), jahalah (jahil) dan gharar (ketakpastian). Instrumen tersebut didagangkan dalam kuantiti yang jelas dan penetapan harga adalah berdasarkan permintaan dan penawaran pasaran.

Di samping meluluskan instrumen pasaran modal Islam, MPS juga mengeluarkan senarai sekuriti patuh Syariah yang tersenaraikan di Bursa Malaysia, dua kali setahun pada bulan April dan Oktober.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup