Maklumat lanjut mengenai Inisiatif Pasaran Modal

Kuala Lumpur, 25 Mac 2005

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin memberikan maklumat lanjut mengenai inisiatif pasaran modal yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 22 Mac 2005, seperti yang berikut:

i) Kelonggaran bagi syarikat broker saham dengan penggabungan 1+1

Kelonggaran berikut akan diberikan kepada syarikat broker saham yang telah menyempurnakan penggabungan 1 +1 :

  • Dibenarkan untuk menjalankan pelbagai khidmat nasihat korporat yang lengkap
Syarikat broker saham yang telah menyempurnakan penggabungan 1+1 dibenarkan untuk menjalankan pelbagai khidmat nasihat korporat yang lengkap, termasuk membuat pengemukaan cadangan korporat kepada SC bagi pihak pelanggannya. Ini adalah tertakluk kepada pematuhan kriteria berikut:
    • syarikat broker saham mesti mempunyai dana pemegang saham berjumlah RM100 juta; dan
    • kakitangan yang menjalankan aktiviti kewangan korporat mesti mempunyai kelayakan dan pengalaman yang relevan dan diselia sewajarnya.
Syarikat broker saham yang membuat pengemukaan kepada SC perlu mematuhi garis panduan SC, iaitu Policies & Guidelines on the Issue/ Offer of Securities.
Berkenaan dengan aktiviti pasaran utama yang berkaitan dengan sekuriti hutang swasta, syarikat broker saham yang telah menyempurnakan penggabungan 1+1, hanya akan dibenarkan untuk melaksanakan sub-penajajaminan dan bertindak sebagai ejen bagi penempatan tertakluk kepada pematuhan terhadap peraturan, garis panduan dan keperluan yang ditentukan oleh pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.
  • Dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pembrokeran niaga hadapan dalam entiti broker saham
Syarikat broker saham yang telah menyempurnakan penggabungan 1+1 dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pembrokeran niaga hadapan dalam entiti broker saham, tanpa perlu beroperasi melalui anak syarikat, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    • Mendapatkan lesen broker niaga hadapan menurut Akta Perindustrian Sekuriti 1993; atau
    • Bergabung dengan anak syarikat pembrokeran niaga hadapannya yang sedia ada.
Syarikat broker saham ini juga dikehendaki menjadi badan peserta bursa derivatif dan rumah penjelasan.
  • Tiada batasan bagi pembukaan cawangan pada tahun 2006
Syarikat yang telah menyempurnakan penggabungan 1+1 akan diberikan kebenaran bagi pembukaan cawangan tanpa batasa mulai tahun 2006. Sekarang ini, mereka dibenarkan untuk membuka tidak lebih daripada empat cawangan tambahan atau Kemudahan Akses Elektronik dengan Aktiviti yang Dibenarkan atau Kemudahan Akses Elektronik, atau kombinasi mana-mana di atas.
Garis panduan yang berkaitan sedang dikemas kini untuk memudahcarakan aktiviti di atas dan akan dikeluarkan oleh SC pada masa yang sesuai.

ii) Akses Broker Universal kepada pasaran antara bank

Garis panduan yang sesuai yang mentadbir akses Broker Universal kepada pasaran antara bank akan dikeluarkan pada masa yang sesuai selepas rundingan bersama Bank Negara Malaysia dan peserta industri.

iii) Langkah seterusnya bagi syarikat broker saham asing dan syarikat pengurusan dana asing yang telah dibenarkan untuk menjalankan operasi di Malaysia
Syarikat broker saham asing dan syarikat pengurusan dana asing yang telah dibenarkan untuk menubuhkan operasi di Malaysia dikehendaki mengambil langkah yang diperlukan, termasuk keperluan pelesenan yang berkaitan, seperti yang dinyatakan dalam dokumen panduan berikut di tapak web SC di www.sc.com.my:
    • Application for Establishment of Foreign Stockbroking Companies under the Special Scheme
    • Application for Establishment of Foreign Fund Management Companies under the Special Scheme
    • Guidelines for Dealers and Dealer's Representatives under the Securities Industry Act 1983
    • Guidelines for Fund Managers and Fund Manager's Representatives under the Securities Industry Act 1983

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup