Malaysia bentuk program latihan niaga hadapan dan peperiksaan pelesenan bagi Indonesia

Kuala Lumpur, 8 Jun 2000

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti (SC), mencapai mercu tanda kejayaan apabila program latihan dan peperiksaan pelesenan yang direka khas bagi Indonesia diterima oleh negara tersebut.

Program latihan dan peperiksaan pelesenan dibangunkan oleh SIDC atas permintaan Badan Pelaksana Bursa Komoditi Indonesia (Bapebti). Bapebti merupakan badan pengawal selia yang ditubuhkan pada Ogos 1999 di bawah Kementerian Industri dan Perdagangan Indonesia.

Di bawah Undang-undang Urus niaga Niaga Hadapan Komoditi Indonesia, seseorang individu memerlukan kelulusan/lesen daripada Bapebti sebelum dibenarkan untuk menjalankan urusniaga dengan parti ketiga samada sebagai Agen, Penasihat Urusniaga atau "Commodity Pool Operator".

Program latihan tersebut, yang bertujuan untuk memberi pengetahuan asas dalam urus niaga niaga hadapan, dimulakan dengan nota pendahuluan dalam perkembangan pasaran niaga hadapan, kebaikan dan keperluan pasaran niaga hadapan, kontrak niaga hadapan dan opsyen, perbandingan antara urus niaga niaga hadapan, ekuiti dan hadapan dan diikuti dengan definisi-definisi dan kepentingan asas dalam membuat keputusan urusniaga. Prosedur-prosedur urus niaga dan aspek institusi urus niaga niaga hadapan CPO juga digariskan dan diakhiri dengan ulasan ringkas mengenai ramalan niaga hadapan. Di penghujung program tersebut, peserta dikehendaki menjalani peperiksaan yang disediakan oleh SIDC bagi Bapebti untuk mendapatkan lesen urus niaga tersebut.

Kedua-dua program latihan dan peperiksaan pelesenan tersebut telah dijalankan oleh SIDC sebagai kursus komprehensif tiga hari yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Broker Niaga Hadapan Malaysia (MFBA). Program tersebut telah dijalankan pada 29 hingga 31 Mei 2000 bertempat di Pusat Latihan Export Indonesia (IETC) di Jakarta dan dihadiri 50 peserta.

Program tersebut telah mendapat sambutan daripada para peserta dan pegawai-pegawai Bapebti.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup