Malaysia dan Hong Kong bersama melancarkan forum dalam talian untuk pengawal selia pengambilalihan
7 November 2012   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC) semalam secara bersama melancarkan Forum Pengawal Selia Pengambilalihan Asia Pasifik yang akan menggabungkan e-platform pertama di rantau ini bagi pengawal selia pengambilalihan.

Forum itu ditubuhkan berikutan Sidang Meja Bulat Pengawal Selia Pengambilalihan yang pertama anjuran SC dan SFC di Kuala Lumpur dalam bulan Mei 2012.

E-platform itu dibentuk bagi memudahkan pertukaran idea, pandangan dan sumber dalam perkara-perkara yang berkaitan di kalangan pakar-pakar serantau dalam peraturan pengambilalihan.

Dijangkakan melalui forum dalam talian ini, ahli-ahli boleh–

  1. menggalakkan dan membangunkan ketelusan dan kesaksamaan bagi aktiviti pengambilalihan dalam pasaran masing-masing;
  2. belajar daripada pengalaman orang lain bagi membantu dalam membangunkan peraturan di negara masing-masing;
  3. melindungi orang ramai di negara masing-masing daripada kerugian kewangan yang timbul akibat amalan tidak sihat dalam pengambilalihan.

SC berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha tersebut kerana amat penting bagi pengawal selia meningkatkan kerjasama dalam dunia yang semakin global ini dan para pelabur mempunyai tahap kejelasan yang sama dan dilayan secara adil walau di mana mereka melabur.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup