Malaysia Laksana Kadar Komisen boleh Dirunding bagi Semua Dagangan dari 1 Julai

Kuala Lumpur, 24 Jun 2002

Malaysia akan meneruskan peringkat kedua liberalisasi kadar komisen broker saham pada 1 Julai 2002, dengan kadar komisen yang boleh dirunding, tertakluk kepada kadar maksimum 0.7% seperti yang dijadualkan.

Liberalisasi kadar komisen broker saham ini adalah berpandukan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) Malaysia. Cadangan 83 CMP menyatakan bahawa kadar komisen broker saham akan diliberalisasikan dalam dua peringkat. Peringkat 1 telah dilaksanakan pada 1 September 2000 dan melibatkan liberalisasi kadar komisen bagi semua dagangan yang melebihi RM100,000 sementara dagangan dengan nilai kontrak RM100,000 dan ke bawah tertakluk kepada satu kadar tetap sebanyak 0.75%.

Peringkat 2 yang mana kadar komisen boleh dirunding bagi semua dagangan, tertakluk kepada kadar maksimum 0.70% yang pada mulanya dijadual untuk dilaksanakan pada 1 Julai 2001, tetapi telah ditangguhkan selama setahun berikutan rayuan daripada peserta industri. Penangguhan tersebut adalah untuk memberikan peluang kepada industri menumpukan usaha dan sumber kepada proses penggabungan yang dipacu pasaran.

Liberalisasi kadar komisen merupakan sebahagian daripada rancangan menyeluruh SC untuk menjadikan kos transaksi di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) lebih berdaya saing. Berikutan itu, Peringkat 1 dan Peringkat 2 juga telah melibatkan pengurangan dalam fi System on Computerised Order Routing and Execution (SCORE), fi Securities Clearing Automated Network Services (SCANS), dan juga levi SC, yang kesemuanya telah pun dilaksanakan. Kos transaksi bagi dagangan produk derivatif juga boleh dirunding sepenuhnya.

Dalam hal yang berkaitan, SC telah mempertimbangkan cadangan daripada Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM) bagi peningkatan caj pengendalian minimum yang sekarang ini ditetapkan pada RM5 bagi setiap kontrak (bagi semua sekuriti selain instrumen pinjaman).

SC, selepas mengkaji cadangan ASCM dan impak kepada para pelabur, telah memutuskan caj pengendalian minimum sebanyak RM12 bagi setiap kontrak (bagi semua sekuriti selain instrumen pinjaman) berpandukan satu penilaian ke atas kos boleh ubah purata bagi industri broker saham bagi semua kontrak yang dilaksanakan pada tahun 2001. Keputusan SC itu juga adalah berpandukan keperluan untuk mengimbangi kekukuhan kewangan broker saham dan daya saingan kos pelaburan kepada para pelabur. Caj pengendalian minimum bagi setiap kontrak akan dilaksanakan melalui Peraturan BSKL.

Caj pengendalian minimum bagi setiap kontrak bagi transaksi pinjaman kekal sebanyak RM2.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup