Malaysia Longgar Dasar Industri Broker Saham bagi Memacu Inovasi yang Lebih Tinggi
7 Julai 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memudahcarakan kemasukan model pembrokeran saham dengan cadangan nilai yang berbeza dalam memacu inovasi yang lebih tinggi, mewujudkan lebih kepelbagaian dalam peserta pasaran dan meningkatkan nilai kepada para pelabur.

Pengumuman tersebut oleh YB Tengku Dato ’Sri Zafrul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia, ketika berlangsungnya Invest Malaysia ke-16, yang diadakan secara maya buat pertama kali sejak pertama kali diadakan pada 2004.

SC, dengan kerjasama Bursa Malaysia, akan mewujudkan struktur pasaran yang lebih memudahcara, membolehkan model perniagaan yang lebih fleksibel melalui struktur modal yang lebih efisien melalui pemisahan dagangan dan penjelasan keanggotaan di bursa. Ini akan dilkasanakan melalui pembabitan berterusan bersama industri.

Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar berkata bahawa pandemik Covid-19 telah menghendaki kerajaan, pengawal selia dan peserta industri untuk menyemak landskap dan sistem semasa, agar kita dapat membina semula masa depan yang lebih berdaya tahan, mampan dan inklusif.
"Masyarakat pelabur di Malaysia kini lebih dipelbagai, dan kemajuan teknologi telah mengubah cara pelabur berinteraksi dalam pasaran modal. Adalah penting agar industri kita juga berkembang bagi memenuhi pelbagai keperluan pelabur. Ini juga merangkumi broker yang hanya berurusan secara digital bagi pelabur yang memerlukan perkhidmatan berciri mudah dan yang perlu sahaja, sebagai contoh, platform dagangan algoritma atau broker pelbagai aset untuk pelabur sofistikated” menurut Syed Zaid Albar. 
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup