Malaysia Mencatatkan Skor Lebih Tinggi Dalam Penilaian Tadbir Urus Korporat Serantau
9 Oktober 2014   |   Kuala Lumpur
Malaysia telah mengukuhkan kedudukan serantaunya dalam tadbir urus korporat selepas mencatatkan markah yang lebih tinggi dalam Laporan Pemerhatian Tadbir Urus Korporat (CG Watch) 2014 yang diadakan dua tahun sekali.

Menurut laporan oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia dengan kerjasama CLSA Asia-Pacific Markets, Malaysia mencapai markah keseluruhan sebanyak 58% pada tahun 2014 berbanding 49% pada tahun 2007, mengekalkan kedudukannya pada tangga keempat di rantau ini. Laporan itu menarik perhatian kepada usaha-usaha yang berterusan dan bersepadu oleh Malaysia dalam memacu pembaharuan tadbir urus, menyebabkan Malaysia menjadi satu-satunya pasaran, daripada negara-negara Asia Pasifik yang dinilai, yang secara konsisten memperbaiki skornya dalam setiap satu daripada empat kajian lepas. [1]

Bidang peningkatan konsisten termasuk budaya tadbir urus korporat, peraturan dan amalan, penguatkuasaan, perakaunan dan pengauditan. Kemajuan dalam budaya disebabkan oleh Kod Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini untuk Pelabur Institusi, yang pertama di ASEAN dan kedua dalam pasaran cergas membangun; pengundian sukarela oleh beberapa syarikat dan komunikasi meningkat dalam korporat Malaysia. Ini dihasilkan daripada pelaksanaan cadangan di bawah Rangka Tindakan Tadbir Urus Korporat yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada tahun 2011.

Malaysia juga telah diiktiraf di atas kekuatannya dalam laporan kewangan dan piawaian pengauditan, yang meraih kedudukan teratas bersama Singapura dalam kategori perakaunan dan pengauditan. Laporan itu juga memperakui Lembaga Pemantauan Audit Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai "salah satu pengawal selia audit yang lebih teratur dan telus di rantau ini". Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang baik dalam bidang penguatkuasaan yang mana skor dalam kategori ini meningkat sebanyak 8% daripada penilaian 2012.

CG Watch telah dijalankan sejak Februari hingga Ogos 2014 oleh sepasukan penganalisis penyelidikan, pakar-pakar dan perunding. Sejumlah 944 syarikat dari 12 negara Asia Pasifik telah dinilai dalam pelbagai bidang tadbir urus korporat.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup