Malaysia, Singapura dan Thailand Pertama Laksana Skim Standard ASEAN dan Tambahan
12 Jun 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bersama pengawal selia sekuriti di Singapura dan Thailand, mengumumkan hari ini bahawa ia telah melaksanakan Skim Standard ASEAN dan Tambahan (ASEAN and Plus Standards Scheme) (Skim) bagi penawaran sekuriti rentas sempadan dalam kalangan negara ASEAN. Malaysia, Singapura dan Thailand merupakan tiga Negara ASEAN pertama yang menguatkuasakan Skim tersebut.

Skim tersebut, yang dibangunkan oleh Forum Pasaran Modal ASEAN, akan memudahcarakan penawaran sekuriti ekuiti dan hutang pelbagai bidang kuasa di rantau ini. Penawaran pelbagai bidang kuasa merupakan penawaran sekuriti oleh penerbit (yang berpangkalan sama ada dalam ASEAN atau di luar ASEAN) kepada lebih daripada sebuah negara ASEAN.

Skim itu kini membolehkan penerbit di Malaysia, Singapura dan Thailand mematuhi kepada hanya satu set standard penzahiran yang sama (Standard ASEAN), dengan keperluan tambahan terhad yang ditentukan oleh bidang kuasa berkaitan (Standard Tambahan). Sebelum ini, penerbit perlu mematuhi standard penzahiran yang berbeza-beza dalam ketiga-tiga pasaran.

Skim tersebut akan menggalakkan lagi integrasi pasaran modal ASEAN, memudahcarakan lebih kecekapan dalam penjanaan dana rentas sempadan dan memberikan penjimatan kos kepada penerbit yang membuat penawaran sekuriti melepasi pasaran tempatan mereka.

“Pelaksanaan Skim tersebut merupakan langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih cekap bagi akses kepada modal merentasi ASEAN. Dengan membenarkan maklumat yang konsisten dalam dokumen tawaran pelbagai bidang kuasa, Skim ini akan membantu pelabur untuk membuat keputusan bermaklumat dan memberikan mereka pilihan pelaburan yang lebih luas”, kata Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar.

Standard ASEAN adalah berasaskan standard bagi penawaran rentas sempadan yang dibangunkan oleh Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Standard tersebut juga mengguna pakai sepenuhnya piawaian perakaunan dan pengauditan International Financial Reporting Standards (IFRS) dan International Standards on Auditing (ISA).

SC telah mengguna pakai Standard ASEAN dalam Garis Panduan Prospektus – Ekuiti dan Hutang (Garis Panduan Prospektus) yang dikeluarkan pada bulan Mei 2009. Penerbit yang melaksanakan penawaran rentas sempadan kepada warga Malaysia dikehendaki mematuhi keperluan Garis Panduan Prospektus.

Satu set soalan lazim untuk memudah cara pemahaman mengenai Skim Standard ASEAN dan Tambahan tersebut kini boleh didapati di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup