Malaysian Beri Penghormatan Kepada Shaikh Saleh Abdullah Kamel
25 Oktober 2010   |   Kuala Lumpur
Anugerah Diraja Kewangan Islam telah dianugerahkan kepada Shaikh Saleh Abdullah Kamel kerana wawasan, kepimpinan beliau yang luar biasa dan komitmen peribadinya untuk memperkembangkan kewangan Islam secara global. Anugerah Diraja ini telah disampaikan oleh D.Y.M.M. Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhom Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Timbalan Yang DiPertuan Agong, bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di majlis Makan Malam Diraja and Penyampaian Anugerah hari ini.

Usaha gigih Shaikh Saleh Abdullah Kamel yang menjangkau empat dekad telah mempercepatkan penerimaan global terhadap kewangan Islam dan membawa manfaat berterusan dari segi kewangan, ekonomi dan sosial di dunia. Beliau berperanan merintis penggunaan prinsip patuh Syariah dalam perbankan dan urusniaga. Memandangkan ketiadaan sistem kewangan Islam pada masa itu, kepercayaan teguh beliau terhadap prinsip Islam telah mendorongkan beliau untuk menjadi antara individu yang pertama untuk merangka kontrak Islam yang digunakan dalam operasi perniagaanbeliau pada tahun 1960-an. Pada 1969, beliau mengasaskan sebuah kumpulan syarikat yang antara lain, menyediakan perbankan runcit, korporat dan bank pelaburan serta perkhidmatan perbendaharaan patuh Syariah dan sehingga kini ia merupakan sebuah organisasi global yang meliputi 12 negara dengan lebih 300 cawangan. Shaikh Saleh Abdullah Kamel meneruskan usaha ini dengan menubuhkan Islamic Arab Insurance Company, sebuah syarikat perintis dalam bidang takaful pada 1979.

Dalam usaha beliau untuk mencungkil dan mengasah bakat dan inovasi masa depan, Shaikh Saleh Abdullah Kamel menubuhkan Islamic Economics Research Centre, King Abdulaziz University dan Jeddah Center for Science and Technology di Arab Saudi. Beliau juga mengasaskan institusi Saleh Kamel Centre for Islamic Economy, Al-Azhar University, Kaherah dan Saleh Kamel Center for Banking Studies and Research, King Saud University, Arab Saudi. Usaha institusi-institusi ini telah membawa kelahiran pelbagai kaedah, teknik dan fatwa.

“Sejajar dengan matlamat Anugerah Diraja – untuk menjadikannya sebagai tanda aras dalam pengiktirafan industri kewangan Islam di peringkat global, pihak Juri membuat keputusan untuk memberi penghormatan kepada seorang tokoh pelopor yang unik – individu yang pencapaiannya telah dinilai dengan teliti secara kualitatif dan kuantitatif serta membawa impak global. Berasaskan sumbangan besarnya kepada industri, kami percaya beliau akan menjadi teladan yang baik dan pencapaiannya menjadi inspirasi dan dicontohi oleh orang lain,” kata Tun Musa Hitam, Ketua Juri, Anugerah Diraja Kewangan Islam.

Salah satu aspek penting sumbangan tidak ternilai Shaikh Saleh Abdullah Kamel adalah Albaraka Symposium on Islamic Economics yang diadakan setiap tahun. Kini memasuki tahun ke-29, Simposium ini amat dihormati sebagai tunggak pembangunan kewangan Islam. Simposium ini menghimpunkan ramai cendekiawan, ahli perbankan dan pakar Syariah dari serata dunia untuk berbincang dan membentuk penyelesaian demi kepentingan masa depan industri. Simposium ini telah mengeluarkan lebih 150 fatwa yang membantu penyelidikan dan inovasi, yang menjadi tunjang dan asas bagi aktiviti kebanyakan institusi kewangan Islam.

Dengan Anugerah Diraja ini, Shaikh Saleh Abdullah Kamel akan menyampaikan siri syarahan antarabangsa untuk berkongsi pengetahuan dan memperluas serta mempererat hubungan dengan komuniti kewangan global dan mempengaruhi serta menjadi inspirasi kepada calon yang akan datang.

Kriteria pemilihan bagi Anugerah Kewangan Islam Diraja adalah dengan menilai aspek kualitatif dan juga kuantitatif yang bertujuan untuk memberi penghormatan kepada sumbangan luar biasa dan capaian kewangan Islam global. Ini termasuk inovasi kewangan dan usaha pelopor, kepimpinan luar biasa, penggunaan dan pengiktirafan di dalam industri, dan inspirasi dan pengaruh terhadap pembangunan dan kemajuan masa depan.

Pengiktirafan Anumerta kepada Bapa Perbankan Islam Moden
Anugerah Diraja 2010 ini juga meliputi satu kategori anugerah istimewa – pengiktirafan anumerta kepada Allahyarham Dr. Ahmad El-Naggar, Bapa Perbankan Islam Moden. Percubaan pertama Dr. Ahmad El-Naggar dalam perbankan Islam moden dizahirkan dengan penubuhan bank simpanan atas dasar perkongsian untung. Dengan memperkenalkan kemudahan perbankan Islam asas, beliau memainkan peranan penting dalam usaha menabur bakti kepada masyarakat dan mewujudkan landasan bagi pembangunan industri secara berterusan di peringkat global. Untuk terus mendorong kemajuan kewangan Islam, Dr. Ahmad El-Naggar menubuhkan Institute of Islamic Banking and Economics di Kaherahyang memenuhi keperluan intelektual dan operasi bank Islam dan pembangunan bakat kewangan Islam generasi baru.

Anugerah Diraja ini unik kerana ia menumpukan kepada rekod pencapaian dan sumbangan cemerlang seseorang individu terhadap kemajuan kewangan Islam di peringkat global. Anugerah Diraja Kewangan Islam diterajui oleh inisiatif Pusat Kewangan Antarabangsa Islam Malaysia (MIFC) dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup