Malaysian Melancarkan Pencarian Global Penyumbang Unggul Kepada Kewangan Islam
3 Jun 2010   |   Kuala Lumpur
Dengan diterajui oleh inisiatif Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC), Malaysia hari ini melancarkan pencarian global untuk mengiktiraf dan menghargai individu yang telah memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan kewangan Islam.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia dan juga Pengerusi, Jawatankuasa Eksekutif MIFC berkata: “Dengan diilhamkan oleh prinsip etika sejagat dan digerakkan oleh tawaran nilai benar (real value propositions) kewangan Islam yang boleh diterima oleh semua, kewangan Islam semakin menjadi salah satu segmen kewangan antarabangsa yang paling pesat berkembang. Oleh itu, inilah masanya bagi Malaysia untuk mengiktiraf individu yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan kewangan Islam.”

Sehubungan dengan itu, satu pasukan petugas khas yang diterajui oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Zarinah Anwar, ditubuhkan untuk menerajui pelaksanaan inisiatif ini. “Kami berharap satu hari kelak, anugerah ini akan diiktiraf sebagai tanda aras global dalam mengenal pasti individu berkebolehan unggul yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan kewangan Islam di seluruh dunia,” ujar Tan Sri Zarinah.

Berbeza dengan anugerah komersial yang lazimnya diasaskan kepada urus niaga, uniknya anugerah ini ialah ia menekankan rekod kecemerlangan dan sumbangan unggul seseorang individu dalam pembangunan dan kemajuan kewangan Islam global. Proses pemilihan pemenang anugerah ini akan dijalankan dengan penuh teliti oleh jemaah juri antarabangsa bebas yang dipengerusikan oleh Tun Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Yayasan Forum Kewangan Islam Sedunia.

Tan Sri Zarinah berkata hasil daripada pemilihan yang teliti, tujuh orang juri telah dilantik, terdiri daripada tokoh terkemuka, cendekiawan Syariah, ahli akademik dan pengamal kewangan Islam dari Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Selain Tun Musa Hitam, jemaah juri terdiri daripada:

  • Tun Abdul Hamid Mohamad, mantan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia dan ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  • Profesor Dr. Volker Niehaus, mantan Presiden Universiti of Marburg, Jerman.
  • Profesor Dr. Abbas Mirakhor, mantan Pengarah Eksekutif, International Monetary Fund dan Penyandang Pertama Kursi Kewangan Islam INCEIF.
  • Dr. Mohamed Ali Elgari, Profesor Ekonomi Islam, Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi.
  • A Riawan Amin, Pengerusi, Persatuan Bank-bank Islam Indonesia.
  • Dr Yahia Abdul Rahman, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, LARIBA Bank of Whittier, Amerika Syarikat.

Pencalonan penerima anugerah ini oleh komuniti kewangan global boleh dibuat mulai sekarang melalui laman web www.mifc.com/award Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 Julai 2010.

Untuk Pertanyaan Media
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 
Jabatan Hal Ehwal Korporat 
Abdul Jalil Hamid / Tel: +603 6204 8931
Suresh Krishnan / Tel: +603 6204 8758 
Fax: +603 6201 5078
E-mail: [email protected]

Pertanyaan Mengenai Pencalonan
Sekretariat IFA
Badlishah Bashah / Tel: +603 6204 8373
Fax: +603 6201 5082
E-mail: [email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA & BANK NEGARA MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup