Membangun modal insan dalam pasaran modal Islam – Peserta dari 15 negara sertai IMP yang ke-4 anjuran SC
21 Jun 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan Program Pasaran Islam (Islamic Markets Programme atau IMP) yang ke-4 dari Jun 22 hingga 26 di Kuala Lumpur. Program lima hari itu adalah salah satu usaha SC bagi membangun modal insan untuk pasaran modal Islam selain menggalakkan perkongsian maklumat dan ilmu mengenai kewangan Islam.

Dengan bertemakan “Mengukuh Ketahanan dan Mengguna Peluang”, program ini adalah tepat pada masanya. Kewangan Islam, yang bebas dari impak sepenuhnya daripada krisis kewangan global, telah membuktikan potensi besar kerana ia berlandaskan amalan beretika dan tanggungjawab sosial di samping prinsip-prinsip pengurusan risiko yang baik. Kini terdapat banyak negara yang sedang menerokai pasaran modal Islam dalam usaha memulihkan ekonomi dan pasaran mereka.

IMP dikendalikan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), bahagian latihan SC. Ia menyediakan platform bagi membincangkan topik-topik berkaitan dengan inovasi poduk, pembangunan modal insan, interpretasi prinsip-prinsip Syariah dan isu-isu etika dan tadbir urus. Antara pakar dan cendekiawan ICM yang akan berucap termasuk Bernardo Vizcaino (Amsar Partners Singapore), Rafe Haneef (Fajr Capital), David Vicary (Deloitte Consulting Malaysia), Dr Md Nurdin Ngadimon (SC) dan Hisham Abdul Rahim (BNP Paribas Islamic Asset Management). Satu forum CEO, yang bertajuk “Berlandaskan Etika-Etika Islam Untuk Berkembang Dalam Era Mencabar”, juga akan diadakan. Ia akan dipengerusikan oleh Dato Dr Nik Ramlah Mahmood, Pengarah Urusan SC.

“Kekuatan pasaran modal Islam Malaysia telah memberi satu jenama tersendiri dan memberikan kita satu kedudukan yang lebih baik,” kata Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar. “Malaysia boleh membantu memajukan pasaran modal Islam global dengan mengukuhkan hubungan dengan pasaran-pasaran lain di samping menggalakkan perkongsian ilmu.”

Program tahun ini akan dihadiri oleh lebih 40 perwakilan daripada 15 negara termasuk Kyrgyzstan, Uzbekistan, Morocco, Croatia, Gambia, Kambodia, Ivory Coast, Turki, Djibouti selain daripada Malaysia.

“SC dan SIDC menganjurkan IMP setiap tahun bagi membangunkan kumpulan bakat yang diperlukan,” kata John Zinkin, Ketua Pengawai Eksekutif SIDC. “Di samping itu, ia akan dapat memberikan kefahaman mengenai konsep kewangan Islam.”
SECURITIES COMMISSION MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup