Menemukan Hari Esok ASEAN
18 November 2010   |   Kuala Lumpur
Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Seminar Pelabur Menteri Kewangan ASEAN (AFMIS) ke-7 pada 30 November 2010.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, akan menyampaikan ucap utama pada seminar sehari ini yang merupakan platform peringkat tinggi yang bertujuan untuk mempromosikan ASEAN sebagai satu destinasi pelaburan yang menarik dan penjenamaan ASEAN sebagai satu kelas aset.

Menteri Kewangan II Malaysia, YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari negara-negara ASEAN, termasuk Tuan Yang Terutama (TYT) Kong Vibol, Setiausaha Negara Kemboja; TYT Agus Martowardojo, Menteri Kewangan Indonesia; TYT Somdy Duangdy, Menteri Kewangan Laos; TYT Cesar V Purisima, Setiausaha Kewangan, Filipina; TYT Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kewangan Singapura dan TYT Korn Chatikavanij, Menteri Kewangan Thailand.

Setiausaha Agung ASEAN, TYT Dr Surin Pitsuwan telah pun mengesahkan kehadiran beliau. 

Dengan perubahan dalam prospek pertumbuhan ekonomi global di rantau ini pasca krisis kewangan global, AFMIS pada tahun ini bertemakan, “Discovering Tomorrow’s ASEAN” dan berfokus kepada peluang yang boleh ditawarkan oleh pasaran kewangan ASEAN kepada masyarakat pelaburan global.

AFMIS ke-7 dianjurkan berdasarkan kejayaan seminar pada tahun-tahun lepas, yang secara tradisinya diadakan di pusat kewangan global utama. Acara di Kuala Lumpur, yang pertama diadakan di Malaysia, dijangka akan membawa kira-kira 300 penggiat pasaran modal, pelabur dan pengantara utama serantau dan antarabangsa, ke rantau yang mempunyai antara pertumbuhan paling pantas di dunia hari ini, bagi berdialog dengan Menteri-menteri Kewangan ASEAN. Sepuluh negara anggota tersebut mewakili pasaran bagi 600 juta orang atau 8.8% daripada penduduk dunia. Pada tahun 2010, gabungan KDNK nominal negara-negara terbabit berkembang kepada AS$1.8 trilion. Secara kolektif, ASEAN berada pada kedudukan kesembilan ekonomi terbesar dunia dan ketiga terbesar di Asia berhubung dengan KDNK nominal.

Seminar tersebut turut mengadakan perbincangan interaktif Panel Menteri terhadap peluang-peluang pertumbuhan di rantau ini dan kekuatan daya saing dalam membina Masyarakat Ekonomi ASEAN menjelang tahun 2015. Sesi yang dijadualkan pada sebelah tengah hari akan memberi peluang tambahan kepada para peserta untuk berbincang secara bersemuka dengan delegasi dari negara-negara tersebut mengenai isu-isu khusus. 

Seminar pelaburan pada tahun ini dianjurkan bersama oleh Menteri Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup