Suku tahun kedua juga mencatatkan peningkatan ketara dalam permohonan bagi pemindahan ke Papan Utama, dengan SC menerima lapan permohonan baru berbanding hanya satu dalam suku tahun sebelumnya. Separuh daripada syarikat ini tersenarai di pasaran MESDAQ. Peningkatan ini menunjukkan perkembangan yang menggalakkan dalam prestasi kewangan syarikat-syarikat ini memandangkan majoritinya tersenarai hanya selama tiga tahun atau kurang daripada itu.
SC mengekalkan standard prestasi kukuhnya dengan 99 peratus permohonan pelesenan dan 100 peratus cadangan korporat diproses dalam tempoh piagam masa. Sejumlah 2,640 permohonan telah diterima bagi lesen baru dan pembaharuan lesen dalam suku tahun kedua 2008.
Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi permohonan dalam pemprosesan, kelulusan dan penolakan pengemukaan, termasuk tempoh masa dan sebab-sebabnya. Selain petunjuk kad skor ini, turut dilaporkan ialah statistik suku tahunan pengemukaan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun 2008.
Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC ini disertakan di sini.