Minat lebih tinggi dalam Tawaran Awam Awal pada Q4 2009
22 Januari 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima 14 permohonan Tawaran Awam Awal (IPO) dalam suku tahun keempat 2009, meningkat 75% daripada lapan permohonan IPO dalam suku tahun ketiga, menunjukkan minat yang lebih tinggi dalam penjanaan dana ekuiti oleh syarikat-syarikat tempatan dan asing.

Ini membawa bilangan keseluruhan permohonan IPO bagi tahun 2009 sebanyak daripada 23 dalam tahun 2008.

Daripada 35 permohonan IPO tersebut, SC meluluskan 12 permohonan dan menolak dua. Lapan daripada 12 syarikat tersebut telah pun tersenarai di Bursa Malaysia. Ini termasuk Maxis Berhad, yang berjaya menjana RM11.2 bilion daripada pasaran, menjadikannya salah satu IPO terbesar secara global dalam penjanaan dana pada tahun 2009.

SC mengekalkan standard prestasinya yang kukuh dengan memproses 100% cadangan korporat dan 98.6% permohonan pelesenan dalam piagam masa. Sejumlah 1,612 permohonan diterima bagi lesen baru dan pembaharuan lesen dalam suku tahun keempat 2009, angkat paling tinggi bagi tahun tersebut.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan penyerahan, termasuk tempoh masa dan alasan. Selain petunjuk kad skor ini, statistik tahunan penyerahan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun keempat 2009 turut dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC boleh di dapati di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup