Minggu Kesihatan dan Keselamatan SC 13-17 Jun 2011
20 Jun 2011   |   Kuala Lumpur
Dalam masa warga Malaysia menghadapi kenyataan mengenai Kesihatan dan Keselamatan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat pelaburan yang tepat pada masanya bagi mengingatkan kepentingan mengamalkan cara hidup sihat bagi kakitangannya yang seramai lebih 700 orang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Minggu Kesihatan dan Keselamatan SC yang juga Penasihat Perubatan Syarikat, Dr Amar Singh, acara tersebut yang diadakan bagi kali ketujuh, bermatlamat bagi “meningkatkan kesedaran, memberikan maklumat dan nasihat yang praktikal dan menggalakkan aktiviti yang mempunyai impak yang positif di tempat kerja”.

“Laporan berita terkini memaparkan mengenai tabiat pemakanan buruk warga Malaysia. Di SC, kami menggalakkan kakitangan supaya mengamalkan cara hidup sihat yang menjurus kepada produktiviti lebih tinggi dan persekitaran kerja yang lebih baik,” kata Dr Amar.

Dalam usaha bagi menggalakkan tabiat pemakanan sihat, kakitangan dihidangkan dengan menu sarapan sihat sepanjang minggu yang mengandungi, antara lain, sandwic, bijirin, roti gandum lengkap, salad, susu segar rendah lemak, jus buah-buahan, telur, bubur, dadih dan pelbagai pilihan buah-buahan.

Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF) mengendalikan program pemeriksaan kesihatan yang termasuk pemeriksaan tekanan darah, air kencing, indeks jisim badan, lilitan pinggang, tahap gula dan kolesterol dalam darah, serta sesi kaunseling. Menurut Dr Amar, kakitangan SC juga memberi sokongan yang menggalakkan kepada Bank Darah.

Dua sesi latihan bantuan pertolongan cemas turut diadakan untuk kakitangan. Juga diadakan ceramah mengenai pemakanan sihat oleh Dutch Lady Milk Berhad, kesedaran mengenai barah oleh Majlis Kanser Negara (MAKNA) dan kecergasan badan oleh “Curve”. Bagi mengakhiri acara minggu tersebut, ceramah ‘Pandu Selamat’ turut diadakan.

“Kami gembira kerana kempen tahunan ini mendapat sokongan padu kakitangan. Warga SC amat menyedari kepentingan menjaga kesihatan dan ini termasuk memastikan mereka mengamalkan diet yang seimbang, makan makanan sihat dan bersenam. Kami berharap tabiat yang baik ini turut diamalkan oleh ahli keluarga mereka,” kata Dr Amar said.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup