Nik Hasyudeen dianugerahi Anugerah CPA Presiden Australia kerana kecemerlangan
19 November 2010   |   Kuala Lumpur
Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit telah menerima anugerah berprestij President’s Award for Excellence – Service and Leadership daripada CPA Australia sempena Kongres Akauntan Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ahli Lembaga Pengarah CPA Australia telah memberikan Nik Hasyudeen anugerah tersebut kerana sumbangan penting dan khidmat cemerlangnya kepada CPA Australia dan juga kepada profesion perakaunan di Malaysia dan rantau ASEAN. Anugerah Presiden itu merupakan satu anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan yang mengatasi jangkaan biasa melalui sumbangan secara sukarela. Anugerah itu boleh diberikan kepada ahli-ahli CPA Australia atau individu lain yang pernah berkhidmat dengan CPA Australia dan memberi sumbangan penting sebagai ahli termasuk Ahli Lembaga Pengarah, ahli Majlis Bahagian atau Majlis Cawangan Kakitangan, ahli jawatankuasa, pasukan petugas atau entiti lain dalam CPA Australia.

Nik Hasyudeen telah terlibat secara aktif dalam Public Practice Advisory Committee (PPAC) CPA Australia melalui pelantikan beliau sebagai ahli jawatankuasa pada tahun 2004 bagi tiga penggal dan pelantikan beliau telah diperbaharui untuk tiga tahun seterusnya. Dalam masa pelantikan tersebut, Nik Hasyudeen telah mempamerkan komitmen dan minat yang tinggi dalam pembangunan arena amalan awam terutama menaikkan lagi kepentingan pengamal awam Malaysia dalam CPA Australia. Selain itu, beliau juga mempengerusikan Jawatankuasa Amalan Awam CPA Australia selama tiga tahun dari tahun 2005 yang mana beliau secara aktif menyiasat isu-isu yang memberi impak kepada ahli-ahli pengamal awam dan mencari cara bagi meningkatkan profil ahli-ahli pengamal awam.

Nik Hasyudeen juga pernah berkhidmat sebagai presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) dari tahun 2007-2009 dan beliau mempengerusikan beberapa jawatankuasa dan mewakili MIA dalam pelbagai badan antarabangsa. Beliau terlibat dalam pasukan petugas “Firm of the Future Forum”pada tahun 2008 yang memberikan CPA Australia pendedahan di kalangan pengamal kecil di Malaysia.

Selanjutnya, beliau juga aktif menyumbang kepada profesion perakaunan melalui pelantikannya sebagai Naib Presiden ASEAN Federation of Accountants dan sebagai ahli lembaga dan jawatankuasa strategi Confederation of Asian and Pacific Accountants.

Nik Mohd Hasyudeen, yang dilantik sebagai Pengerusi AOB pada bulan April tahun ini, mempunyai lebih 23 tahun pengalaman industri dan pendedahan antarabangsa dalam pelaporan dan pengauditan kewangan. Beliau kini merupakan ahli Panel Kajian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat serta ahli lembaga penasihat Sekolah Perniagaan Siswazah, Universiti Sains Malaysia dan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup