Orang ramai diberi amaran mengenai surat palsu SC
28 Disember 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai surat palsu dengan logo SC yang digunakan bagi skim pelaburan tidak sah.

SC mendapat maklum bahawa terdapat individu tidak berlesen sedang menggunakan surat palsu dengan logo SC berhubung dengan satu skim pelaburan tidak sah. Surat itu, yang dialamatkan kepada individu berkenaan, mengandungi tanda tangan palsu seorang pegawai SC.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh SC, skim pelaburan tersebut didakwa menawarkan pulangan di antara 5% dan 10% sebulan dan telah menarik ramai pelabur dari Kota Bharu (Kelantan), Nilai, Putrajaya dan Johor Bahru. Individu berkenaan kemudiannya menggunakan surat palsu SC bagi memberi alasan kepada pelanggannya mengapa dia tidak dapat membayar pulangan seperti yang dijanjikan kepada mereka.

SC telah membuat laporan polis mengenai penggunaan nama dan logonya tanpa kebenaran dan mengelirukan.

Orang yang tidak diberi lesen oleh SC tidak dibenarkan mengutip wang daripada orang lain bagi tujuan pelaburan dalam sekuriti atau derivatif bagi pihak mereka. Senarai syarikat dan individu yang diberikan lesen oleh SC, termasuk bagi menjalankan aktiviti pelaburan, termasuk memberikan nasihat pelaburan, boleh didapati di laman web SC di www.sc.com.my.

Orang ramai diingatkan bahawa SC tidak pernah dan tidak akan, dalam apa jua keadaan pun, menyokong sebarang produk atau skim pelaburan. Sekiranya anda didatangi oleh sesiapa yang mendakwa mempunyai sokongan SC (walaupun anda ditunjukkan salinan surat yang didakwa diperoleh daripada SC) jangan sesekali menyerahkan wang anda kepada mereka, sebaliknya segeralah membuat aduan kepada SC.

Sesiapa yang melihat surat, laman web serta e-mel yang mencurigakan, atau mempunyai maklumat mengenai skim atau aktiviti pelaburan berkaitan sekuriti atau derivatif yang mencurigakan, diminta menghubungi SC di talian 603-62048999 atau e-mel kepada [email protected]. Anda juga boleh menulis kepada SC di alamat:

Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Faks: 603-62048991
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup