Pasaran Modal Malaysia Perkukuh Kerjasama Rentas Sempadan Bersama China
05 Julai 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengadakan kerjasama yang lebih erat antara pasaran modal Malaysia dan China yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua ekonomi, berikutan satu lawatan ke Bursa Saham Shenzhen (SZSE) pada 4 Julai 2019.

Semasa perbincangan yang diadakan, Pengerusi SZSE Wu Lijun menekankan kejayaan besar SZSE dalam pembiayaan syarikat-syarikat China dan PKS yang inovatif, termasuk syarikat dalam sektor teknologi dan pembuatan maju, yang berkait rapat dengan keutamaan ekonomi Malaysia. Pada masa yang sama, terdapat beberapa syarikat tersenarai SZSE yang beroperasi di Malaysia di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China, mewujudkan sinergi semula jadi dan peluang untuk kerjasama antara pasaran modal kedua-dua negara.

Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar berkata, "SC, bersama-sama Bursa Malaysia mempunyai banyak pembabitan dengan SZSE dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk membincangkan inisiatif untuk hubungan rentas sempadan yang lebih besar, pertukaran kepakaran teknikal dan pembangunan modal insan. Kami berharap dapat memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan China melalui kerjasama ini."

Susulan lawatan kerja ini, SZSE, SC dan Bursa Malaysia akan mengadakan perbincangan yang lebih mendalam untuk menentukan dan memperhalusi cadangan nilai kerjasama ini, dan berusaha ke arah melaksanakan inisiatif-inisiatif ini.

SC merupakan salah satu anggota delegasi Kementerian Kewangan Malaysia ke China, yang diketuai oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng. Lawatan delegasi ke SZSE telah disambut oleh pegawai kanan bursa saham tersebut, yang diketuai oleh Pengerusi Wu Lijun. SZSE ditubuhkan pada 1 Disember 1990 sebagai entiti prundangan kawal seliaan sendiri di bawah pengawasan Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC). Ia merupakan salah satu daripada dua bursa saham utama di tanah besar China, dengan permodalan pasaran sebanyak US$3 trilion pada Mei 2019.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup