Pasaran Modal Melepasi Tarikh Kritikal Terakhir Tahun 2000 Tanpa Masalah

Kuala Lumpur, 29 Februari 2000

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan bahawa pasaran ekuiti dan niaga-hadapan telah menjalankan dagangan pada 29 Februari, tarikh kritikal Tahun 2000 (Y2K) yang terakhir, tanpa mendapat sebarang laporan gangguan pada sistem komputer mereka.

Institusi-institusi pasaran modal telah melaporkan pada pihak SC bahawa sistem misi kritikal mereka berfungsi seperti biasa sehingga pukul 5 petang hari ini.

Memandangkan pasaran modal telah melepasi cabaran terakhir Y2K, SC ingin memuji usaha bersepadu institusi dan perantara pasaran modal yang telah bersungguh-sungguh mengambil langkah berhati-hati yang diperlukan dan menjalankan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan peralihan yang lancar ke Tahun 2000.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup