Pasaran Pendanaan Ramai yang Dikawal Selia di Malaysia Cecah Paras RM1 Bilion
5 Oktober 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan di Persidangan Fintech SCxSC secara maya bahawa lebih 2,500 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) telah mengumpul dana sebanyak RM1 bilion melalui saluran pengumpulan dana alternatif Pasaran Modal Malaysia.

Sejak pewujudan saluran dana alternatif ini pada tahun 2016, SC telah mendaftarkan 21 platform pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) sbagai pilihan alternatif untuk memenuhi keperluan pembiayaan PMKS. SC ingin memaklumkan bahawa platform ini telah menarik minat PMKS dan pelabur runcit.

“SC terus menggalakkan inovasi digital dan mempromosikan pasaran modal yang inklusif. Kami menyaksikan peningkatan yang ketara dalam penyertaan pelabur individu dalam pasaran melalui penyedia pelaburan digital (DIM), platform pembiayaan ECF dan P2P, bursa aset digital (DAX) dan broker dalam talian. Lebih 80% pelabur dalam pendanaan ramai merupakan pelabur runcit, di mana 60% daripada mereka berusia di bawah 35 tahun, ” kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar, ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya di persidangan maya.

"Namun, kami ingin mengingatkan para pelabur agar hanya melabur dalam produk dan perkhidmatan pasaran modal yang dibenarkan. Dengan peningkatan jumlah penipuan dalam talian, pelabur juga harus berwaspada untuk menghindari penipuan yang berlaku dalam keadaan persekitaran kadar faedah rendah ini, ”tambah beliau.

SC telah meluluskan tiga DAX pada 2019 dengan empat aset digital dibenarkan untuk didagangkan. Secara kolektif, lebih 400,000 akaun telah dibuka untuk kesemua DAX, dengan nilai dagangan melebihi RM100 juta pada bulan Ogos tahun ini. Tujuh DIM yang berdaftar dengan SC terus menarik banyak pelabur kali pertama dengan hampir 90,000 akaun baharu dibuka pada bulan Ogos tahun ini, yang melebihi dua kali ganda jumlah akaun yang dibuka pada 2019.

Sementara itu, permintaan terhadap perkhidmatan broker dalam talian meningkat dengan lonjakan sebanyak 270% daripada pembukaan akaun baharu pada Ogos 2020, berbanding tahun lalu, sementara purata jumlah dagangan juga meningkat tiga kali ganda pada tahun ini.

Kini penganjuran bagi tahun ketujuhnya, SCxSC merupakan persidangan teknologi kewangan tahunan SC bagi usahawan, pakar inovasi teknologi dan digital, wakil industri dan kerajaan untuk membincangkan dan meneroka idea dan trend teknologi kewangan dalam pasaran modal. Edisi SCxSC tahun ini telah menarik lebih 5,000 peserta secara maya. Isu-isu yang dibincangkan pada persidangan tahun ini termasuk memikirkan cara Teknologi Kewangan Malaysia sebagai industri menghadapi kekangan wabak, tingkah pelaburan dalam keadaan yang menggugat, pelaburan dan pengumpulan dana yang bertanggungjawab serta kripto dalam kewangan Islam.

SCxSC2020 akan berlangsung secara maya dari 5-7 Oktober 2020, sila layari scxsc.my bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk mengikutinya siaran langsung.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup