Pelabur Australia dalam Cambridge Capital akan dapat restitusi ekoran siasatan rentas sempadan SC
28 April 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pengembalian wang berjumlah RM2.2 juta kepada 14 pelabur Australia yang ditipu dalam penipuan pelaburan oleh Cambridge Capital Trading, yang kononnya berpangkalan di United Kingdom.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memulakan siasatan pada bulan Februari 2007 ekoran aduan yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA). Siasatan rentas sempadan oleh SC menunjukkan bahawa panggilan rambang telah dibuat kepada pelabur di Australia dan Singapura oleh individu yang mendakwa diri mereka daripada Cambridge Capital Trading, yang kononnya ahli Bursa Opsyen Dubai, yang menawarkan pelaburan dalam, antara lain, opsyen dalam Dolar Australia. Pelabur-pelabur tersebut telah mendepositkan wang mereka dalam akaun bank CIMB Bank Berhad di Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato Su Geok Yam telah, pada 2 April 2010, memerintahkan wang dalam dua bank akaun CIMB Bank Berhad dibekukan bawah Seksyen 61(4) Akti Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Perintah itu telah diserahkan kepada CIMB Bank bagi pengeluaran wang itu kepada 14 pelabur melalui peguam mereka.

Empat belas pelabur itu telah membuat permohonan pada bulan September 2008 melalui peguam mereka di Malaysia, mengikut satu Notis bawah s62(1) AMLATFA. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa 14 pelabur itu telah ditipu oleh skim penipuan itu dan tidak berpakat dalam apa jua cara dengan pesalah laku tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup