Pelan Induk Pasaran Modal 2: Berkembang dengan Tadbir Urus
12 April 2011   |   Kuala Lumpur
Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2), satu rangka strategik Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi pembangunan pasaran modal untuk 10 tahun akan datang, dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak di Invest Malaysia 2011.

“CMP2 membentuk satu lagi sumbangan penting kepada usaha kolektif dan terselaras bagi mencergaskan ekonomi melalui pengembangan peranan pasaran modal dalam membiayai pembangunan negara,” ujar Perdana Menteri.

CMP 2 akan dilaksanakan di atas asas kukuh yang dibina dalam Pelan Induk Pasaran Modal pertama atau CMP1. Dalam tempoh 10 tahun pelan tersebut, 95% daripada 152 cadangan yang terkandung dalam CMP1 telah dilaksanakan, membina pasaran yang pelbagai dengan pengantara kukuh yang beroperasi dalam persekitaran yang dikawal selia dengan baik.

Bertemakan ‘Berkembang dengan Tadbir Urus’, CMP2 menangani cabaran bagi pasaran modal Malaysia dalam mengembangkan peranannya untuk mencergaskan pertumbuhan ekonomi negara sambil menangani kebimbangan mengenai keberkesanan pasaran selepas krisis kewangan global.

Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi SC berkata, “CMP2 menggariskan strategi bagi menyerlahkan dinamik daya saing yang membolehkan pasaran kita menggunakan simpanan dometik dengan lebih berkesan bagi pembentukan modal dan memupuk semangat keusahawanan dan inovasi.”

Strategi pertumbuhan utama termasuklah keperluan bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan pasaran modal dalam membiayai keperluan pelaburan bagi pertumbuhan ekonomi, menangani kecekapan pengantaraan tabungan, mendalamkan kecairan pasaran sekunder, memudahcarakan strategi yang dipacu oleh skala, mengenal pasti peluang pertumbuhan baharu, serta membina kapasityi dan mengukukan infrastruktur maklumat bagi menyokong perubahan kepada persekitaran elektronik.

Sehubungan itu, pengembangan pengantara pasaran modal akan dimudahcarakan bagi membolehkan tawaran pelbagai produk dan perkhidmatan domestik dan antarabangsa yang lebih meluas. SC juga akan memudahcarakan dan bekerjasama dengan pengantara bagi membantu mereka mengembangkan model perniagaan mereka melalui penyahgandingan dan penyumberan keluar bagi aktiviti khusus dalam dagangan, mempromosikan syarikat kecil dan sederhana, untuk praIPO, bagi pelanggan runcit dan bagi pembuatan dan dagangan pasaran merentas pasaran.

“Krisis kewangan lalu turut penting dijadikan pengajaran bahawa pertumbuhan hanya kekal sekiranya ia disokong oleh sistem kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang betul. Oleh itu, ciri-ciri pasaran yang ingin kita bina adalah yang dapat dibezakan melalui kualiti tadbir urusnya,” tegas Tan Sri Zarinah.

Pengalaman daripada krisis kewangan lalu turut menunjukkan bahawa inovasi dan kompleksiti akan mewujudkan risiko yang akan berterusan menguji kebingkasan pasaran modal Malaysia, menjadikan pengurusan risiko tersebut sebagai cabaran utama dalam memperluaskan lagi pasaran modal Malaysia. 

Dengan memfokuskan kepada perlindungan pelabur dan tadbir urus, yang semakin dinilai tinggi oleh pelabur, SC akan memudahcarakan minat yang semakin berkembang di kalangan pengantara Malaysia. Pengaturan tadbir urus akan diperkukuh bagi memastikan kebertanggungjawaban yang jelas dengan pemantauan dan capaian pengawalseliaan yang berkesan. Pengantara akan diperlukan beroperasi dengan standard dan keupayaan yang lebih tinggi, dan akan ada fokus yang lebih besar terhadap pengurusan risiko. Standard tadbir urus korporat akan dikukuhkan lagi dan penyertaan pemegang kepentingan dalam tadbir urus akan diperluas. Peningkatan fokus terhadap kestabilan sistemik juga akan dilakukan oleh SC.

SC akan melaksanakan CMP2 melalui proses perancangan urusan tahunannya. Sehubungan itu, perkara utama yang akan dilakukan sudah pun dikenal pasti bagi 2011, iaitu tahun pertama pelaksanaan CMP2. Ini termasuklah pengenalan kepada kerangka kerja pengawalseliaan bagi skim persaraan swasta, rangka tindakan lima tahun tadbir urus korporat dan Garis panduan Pendaftaran Agensi Penarafan Kredit (CRA) yang baru dikeluarkan dalam bulan Mac. Kerangka kerja pengawalseliaan bagi penjanaan dana dan kelulusan produk dan pembaharuan lesen juga turut disemak semula bagi meningkatkan kecekapan proses.

Salinan elektronik CMP2 boleh didapati di laman sesawang SC dan buku juga ada dijual.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup