Pelancaran Bulan Literasi Kewangan buat Julung Kali oleh Jaringan Pendidikan Kewangan
6 Oktober 2020   |   Kuala Lumpur

Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) hari ini melancarkan Bulan Literasi Kewangan (Financial Literacy Month, FLM 2020) dengan tema "Bijak Wang Pilihan Saya". Pelbagai inisiatif dan program oleh anggota-anggota FEN akan diadakan sepanjang FLM 2020 sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia

Selaras dengan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 – 2023, objektif FLM 2020 adalah untuk memberi maklumat, mendidik dan menyokong rakyat Malaysia dalam memantapkan pengurusan kewangan. Ini termasuk melengkapkan individu dengan instrumen dan pengetahuan untuk mencapai matlamat kewangan, menguruskan hutang dan melindungi diri mereka daripada penipuan kewangan.

Berdasarkan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Sudut Permintaan pada tahun 2018, 1 daripada 3 rakyat Malaysia mempunyai tahap keyakinan yang rendah dalam pengetahuan dan perancangan kewangan mereka, 52% rakyat Malaysia tidak mempunyai dana kecemasan yang mencukupi untuk menangani kejadian yang tidak dijangka dan hampir separuh rakyat Malaysia tidak yakin bahawa mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan.

Memandangkan rakyat Malaysia juga menghadapi cabaran kewangan akibat pandemik COVID-19, FLM 2020 menyediakan lebih 40 program bertujuan untuk memperkasakan individu dalam membuat keputusan kewangan yang bijak dengan instrumen dan pengetahuan yang tepat. Program-program ini merangkumi pengenalan kepada alat-alat kewangan kendiri, ceramah pendidikan kewangan, webinar, kuiz, pertandingan, perbincangan dan pameran secara maya. Program-program tersebut terbuka kepada orang ramai sepanjang Oktober 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai FLM 2020 dan FEN, sila layari https://www.fenetwork.my.
SURUHANJAYA SEKURITI DAN BANK NEGARA MALAYSIA
(PENGERUSI BERSAMA JARINGAN PENDIDIKAN KEWANGAN)
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup