Pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023 oleh Jaringan Pendidikan Kewangan
23 Julai 2019   |   Kuala Lumpur
Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023 (Strategi Kebangsaan) dilancarkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Strategi itu dirumuskan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FENetwork), satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa agensi yang diterajui bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bersama-sama anggota pengasas termasuk Kementerian Pendidikan, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Permodalan Nasional Berhad.

Strategi Kebangsaan ini menetapkan keutamaan dan pelan tindakan untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan supaya mereka mampu membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi dan memupuk sikap yang berhemat dalam pengurusan kewangan.

FENetwork komited untuk bekerjasama dengan individu, dan organisasi merentas sektor awam, swasta dan bukan swasta bagi melaksanakan langkah-langkah Strategi Kebangsaan yang inklusif dan mampan. Usaha ini akan memberi tumpuan pada aspek memperkasa individu supaya mereka dapat mengurus wang secara bijak, merancang dan melabur untuk masa depan, dan melindungi diri daripada penipuan dan salah guna kewangan. Untuk mencapai matlamat ini, keutamaan-keutamaan yang telah dikenal pasti di bawah Strategi Kebangsaan adalah untuk:

  • Memupuk nilai-nilai murni daripada usia muda
  • Meningkatkan akses kepada maklumat, instrumen dan sumber pengurusan kewangan
  • Memupuk sikap positif dalam kalangan kumpulan sasaran
  • Mendorong ke arah perancangan kewangan dan persaraan jangka panjang
  • Mengumpul dan melindungi harta
FENetwork dipimpin oleh Puan Khadijah Abdullah, yang dilantik sejak 1 Julai 2019 sebagai Pengarah Unit Penggalakan dan Kemajuan Strategi Kebangsaan, untuk memacu dan menerajui pelaksanaan dan penyampaian mandat yang berkesan.

FENetwork mengalu-alukan dan menggalakkan individu dan organisasi untuk turut serta menggembleng tenaga menjayakan agenda penting ini bagi membantu rakyat Malaysia meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka dan membina asas yang kukuh untuk masa depan kewangan negara.

Sila layari www.fenetwork.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tatacara memberi sumbangan, menghubungi pihak yang berkaitan, atau memuat turun salinan laporan Strategi Kebangsaan.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
BANK NEGARA MALAYSIA DAN SURUHANJAYA SEKURITI, ANGGOTA-ANGGOTA JARINGAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup