Pelantikan ke Majlis Penasihat Syariah (MPS) SC untuk Penggal 1 Julai 2023 - 30 Jun 2026

SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 13 Julai 2023

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan Majlis Penasihat Syariah (MPS) baharunya untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2026.

Barisan baharu terdiri daripada ahli berikut:

  1. Profesor Dr. Aznan Hasan – Profesor, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pelantikan Semula)
  2. Profesor Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali – Profesor, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pelantikan Semula)
  3. Profesor Dr. Ashraf Md Hashim – Timbalan Presiden Penyelidikan/Pengarah Eksekutif, Pusat Pengurusan Penyelidikan ISRA, Universiti INCEIF (Pelantikan Semula)
  4. Profesor Dato' Dr. Asmadi Mohamed Naim - Naib Canselor, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Pelantikan Semula)
  5. Profesor Madya Dr. Mohamed Fairooz Abdul Khir – Pengarah, Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam, Universiti INCEIF (Pelantikan Semula)
  6. Sahibus Samahah Dato' Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir – Mufti Selangor (Pelantikan Baru)
  7. Dr. Marjan Muhammad – Pengarah, Jaminan Kualiti Penyelidikan dan Penerbitan, Pusat Pengurusan Penyelidikan ISRA, Universiti INCEIF (Lantikan Baharu)
  8. Penolong Profesor Dr. Akhtarzaite Haji Abdul Aziz – Penolong Profesor, Abdulhamid Abusulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pelantikan Baru)
  9. En Burhanuddin Lukman – Bekas Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (Pelantikan Baru)

Ditubuhkan pada 16 Mei 1996 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993, MPS merupakan pihak berkuasa yang menentukan penggunaan prinsip Syariah dalam urus niaga pasaran modal Islam (ICM).
Di samping itu, mandat MPS termasuk memastikan pelaksanaan ICM mematuhi prinsip Syariah.

MPS terdiri daripada cendekiawan Syariah terkemuka, ahli akademik dan pengamal pasaran yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang Syariah, pasaran modal, kewangan dan undang-undang.

Mengulas mengenai barisan baharu itu, Pengerusi SC Dato' Seri Dr Awang Adek Hussin berkata: “MPS memainkan peranan penting dalam memastikan pasaran modal Islam sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam industri, di samping menyokong dan memudahkan usaha untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam ruang ini.

"Di SC, kami terus menyepadukan inovasi dan kemampanan ke dalam pengetahuan dan amalan Syariah untuk mengukuhkan daya saing Malaysia sebagai hab kepimpinan pemikiran ICM global yang terkemuka."

“Terima kasih diucapkan kepada ahli terdahulu atas dedikasi mereka dalam memajukan pembangunan ICM Malaysia. Diharapkan barisan ahli baharu untuk penggal ini akan terus memajukan aspirasi kewangan Islam,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang MPS, sila klik di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup