Peluang Menyertai Program Felo Berprestij dalam Kewangan Islam di bawah Inisiatif SC-Pusat Pengajian Islam Oxford
15 November 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) berpangkalan di UK hari ini telah membuka permohonan bagi calon Felo Pelawat kelapan di OCIS di bawah Program Sarjana Tamu (SIR) dalam Kewangan Islam bagi tahun akademik 2019/20 bermula Oktober 2019.

Program SIR merupakan inisiatif untuk penyelidikan terhadap isu-isu kontemporari dalam kewangan Islam, khususnya dalam bidang pasaran modal Islam. Program tersebut, di samping usaha sama dengan OCIS, merupakan inisiatif berterusan SC berkaitan kepimpinan pemikiran dan pembangunan keupayaan untuk mempergiat perkembangan pasaran modal Islam di peringkat global.

Pemohon dan calon-calon program ini mestilah berpengalaman luas dalam kewangan Islam dan/atau bidang yang berkait rapat dan menunjukkan kebolehan untuk menjalankan penyelidikan akademik secara bebas. Tarikh tutup pengemukaan permohonan adalah pada 4 Februari 2019.

Sarjana terpilih akan memulakan program tamu di Oxford untuk menjalankan penyelidikan dan menyertai pelbagai aktiviti akademik di OCIS. Di samping itu, Felo Pelawat tersebut hendaklah menyampaikan syarahan dan menjalankan seminar dari semasa ke semasa, melibatkan diri dalam kajian bersama, dan menjalankan program bersama institusi-institusi berkenaan dan masyarakat setempat.

Program SIR telah dimulakan pada tahun 2012 berikutan keputusan yang dibuat ketika Sidang Meja Bulat SC-OCIS mengenai Kewangan Islam, satu acara tahunan utama. Sejak pelancarannya, enam orang sarjana telah berjaya melengkapkan penyelidikan mereka dalam topik kontemporari yang berkaitan dengan kewangan Islam, manakala dua orang Sarjana kini sedang menjalani program Felo Pelawat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program SIR, sila lawati bahagian Felo Pelawat di laman sesawang OCIS di www.oxcis.ac.uk.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup