Pemusnahan Dokumen Syarikat – SC memberi amaran kepada PLC
15 Jun 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan amaran keras kepada para pengarah dan pegawai kanan PLC mengenai akibat buruk memusnahkan atau menyebabkan kehilangan dokumen syarikat.

Bawah akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, adalah menjadi satu kesalahan memusnahkan, menyembunyikan, merosakkan atau meminda mana-mana rekod atau akaun dengan niat menipu mana-mana orang, atau bagi menghalang, melengah-lengahkan atau mengganggu siasatan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

SC memandang berat mengenai perkara ini kerana dalam beberapa kes yang sedang disiasat, dokumen-dokumen penting dalam siasatan tersebut dilaporkan hilang, musnah, malah dicuri.

Walaupun diakui kemungkinan ada kes kehilangan yang benar, terdapat juga kehilangan dokueman dalam keadaan yang amat diragui. Oleh itu, SC ingin mengingatkan pengarah syarikat, juruaudit dan pegawai kanan syarikat supaya berhati-hati dalam menjaga semua dokumen syarikat.

“Amat sukar diterima apabila sesebuah syarikat yang sedang dalam siasatan tiba-tiba mendakwa semua dokumen berkenaan hilang atau dicuri,” kata Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar. “Saya ingin mengingatkan para pengarah PLC bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam penjagaan dokumen syarikat dan boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan dokumen tersebut.”

“Sesiapa yang membantu orang lain dalam memusnahkan dokumen itu turut melakukan kesalahan. Oleh itu, saya memberi amaran keras kepada kakitangan syarikat dan sesiapa sahaja yang bertindak atas arahan pegawai atasan rantaian korporat tersebut,” kata Tan Sri Zarinah. “Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang bertanggungjawab atas kemusnahan, kehilangan atau pengalihan sebarang rekod syarikat.”

SC juga ingin mengingatkan juruaudit bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bagi melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti atau peraturan bursa atau sebarang perkara yang mungkin mendatangkan kesan buruk terhadap kedudukan kewangan sesebuah PLC kepada pihak berkuasa. Ini merupakan peranan penting juruaudit yang diharapkan membawa satu tahap kebebasan dan profesionalisme terhadap proses penzahiran kewangan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup