Penarikan Balik Penggantungan Dagangan ke atas Saham Gensoil dan Gensoil OA

Kuala Lumpur, 10 Mei 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan bahawa ia telah mengarahkan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk menarik balik penggantungan dagangan saham-saham General Soil Engineering Holding Berhad (Gensoil) dan Gensoil OA berkuat kuasa dari 13 Mei 2002. Dagangan di kedua-dua kaunter tersebut telah digantung pada 9 April 2002.

Bagi mengawal spekulasi berlebihan dan melindungi kepentingan pelabur, SC juga telah mengarahkan BSKL supaya mengisytiharkan kedua-dua kaunter sebagai "Sekuriti Bertanda" sehingga pemberitahuan selanjutnya. Butiran penandaan bagi kedua-dua kaunter disediakan oleh BSKL dalam pengumuman serentak.

Keputusan SC untuk menarik balik penggantungan dagangan di kedua-dua kaunter ialah berdasarkan penzahiran yang memuaskan oleh syarikat kepada pasaran dan BSKL.

Walau bagaimpanapun, SC ingin mengingatkan pelabur supaya terus berhati-hati dan berjaga-jaga ketika melabur dalam kaunter-kaunter ini. Pelabur patut menaksir asas syarikat, terutamanya berdasarkan keputusan suku tahunan terkini yang diumumkan oleh syarikat (pada 26 Februari 2002), yang boleh didapati daripada KLSE LINK.

SC sedang menyiasat kemungkinan aktiviti manipulasi saham-saham Gensoil dan Gensoil OA. Ia juga akan terus mengawasi dengan ketat dagangan di kedua-dua kaunter, sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pengawasan dan penguatkuasaan pasaran.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Nota untuk Penyunting

  1. Pada 9 April 2002, SC telah mengarahkan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk menggantung dagangan di kaunter Gensoil dan Gensoil OA (menurut perenggan 16.02(f), KLSE Listing Requirements) selepas memerhatikan bahawa terdapat spekulasi berlebihan dan kemungkinan aktiviti manipulasi di kaunter-kaunter tersebut. Tindakan SC bertujuan untuk melindungi kepentingan pelabur dan integriti pasaran sekuriti.
  2. Selain melindungi pelabur dan memelihara integriti pasaran, penggantungan tersebut adalah untuk membenarkan syarikat membuat penzahiran yang sesuai untuk pelabur supaya mereka dapat membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat. Sehubungan itu, Gensoil telah diarahkan untuk menzahirkan kesemua maklumat berhubungan yang berkaitan hal ehwal syarikat, sebagaimana diperlukan bawah KLSE Listing Reqirements, termasuk status cadangan korporat yang baru diumumkan sebelum ini.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup