Encik Kris Azman menggantikan Encik Wong Wing Seong yang telah bertugas di SC sejak 1 Jun 2000 dan akan kembali berkhidmat di sektor swasta.
Buat masa ini, Encik Kris Azman menyandang jawatan Pengurus Besar - Penyusunan Semula Pinjaman, Bahagian Operasi Pengurusan Danaharta Nasional Bhd (Danaharta) dan memikul tanggungjawab utama mengurus portfolio pinjaman tak berbayar Danaharta serta mengawasi unit-unit kewangan korporat dan perancangan korporat agensi tersebut. Beliau telah berkhidmat di Danaharta sejak September 1998. Sebelum itu, beliau menyandang jawatan kanan di sebuah syarikat broker saham besar dan sebuah bank saudagar utama di Malaysia.
Di sepanjang kerjaya beliau, Encik Kris Azman telah memperoleh pengalaman luas mengenai hal-hal berkaitan pasaran modal, khususnya dalam kewangan korporat, skim penyusunan semula dan pemulihan.
Sebagai Pengarah Bahagian Terbitan Sekuriti dan Pelaburan, Encik Kris Azman akan menyelia hal-hal yang berkaitan dengan penawaran dan penerbitan sekuriti oleh syarikat awam termasuk penyenaraian syarikat awam di bursa saham, serta penawaran dan penerbitan sekuriti hutang swasta oleh syarikat awam dan swasta. Beliau juga akan mengawasi hal-hal berkaitan keperluan penzahiran, pendaftaran prospektus, pengambilalihan dan percantuman serta semua perkara yang berkaitan dengan unit amanah dan skim pelaburan kolektif lain.
Encik Kris Azman memegang Ijazah Bacelor Perakaunan daripada Michigan State University.