Pengarah Oasis Asset Management Disabitkan Kesalahan Pecah Amanah RM45 juta
20 Mei 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan kesalahan pecah amanah (CBT) terhadap Muhammad Khalid Ismail bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan RM45 juta dana Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB).

Muhammad Khalid, 62, yang merupakan Pengarah Oasis Asset Management Sdn Bhd (Oasis) pada masa kesalahan itu dilakukan, disabitkan kesalahan bagi lapan pertuduhan yang berbeza.

Muhammad Khalid didapati bersalah bawah seksyen 122D Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) kerana menyembunyikan rekod yang perlu disimpan oleh Oasis berhubung dengan pelaburan yang dibuat oleh KATMB.

Dia juga didapati bersalah kerana menyerahkan penyata palsu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung dengan dana yang diuruskan oleh Oasis dan juga gagal menyimpan akaun amanah bagi pelaburan yang diterima daripada KATMB yang merupakan kesalahan bawah seksyen 122B dan 47C (1) dibaca bersama dengan seksyen 122C SIA.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman satu tahun penjara ke atas Muhammad Khalid bagi setiap kesalahan yang akan dijalankan serentak. Dia juga dijatuhkan hukuman dua tahun penjara atas tuduhan CBT.

SC memohon kepada mahkamah supaya mengenakan hukuman penjara atas dasar menjaga kepentingan awam, kerana kesalahan tersebut membabitkan penyalahgunaan RM45 juta dana koperasi. SC juga memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman berat memandangkan bahawa Muhammad Khalid telah melanggar kewajipan fidusiarinya sebagai pengarah bagi sebuah pengurus dana berlesen kerana gagal menyimpan akaun amanah pelanggan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup