Pengarah Pancaran Ikrab disabitkan kesalahan penipuan sekuriti
5 Oktober 2010   |   Kuala Lumpur
Dato Lybrand Ngu Tieng Ung telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua kesalahan penipuan sekuriti.

Dia telah menggunakan sebanyak RM15.5 juta dana Pancaran Ikrab Berhad (PIB) pada Oktober 1997 bagi membiayai kemasukannya ke dalam syarikat tersebut. Wang tersebut digunakan bagi membiayai pembelian pegangan saham bagi mengawal dalam PIB. PIB kemudiannya telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur.

Apabila dia memegang jawatan pengarah PIB, dia telah menyebabkan sejumlah RM37 juta dipindah keluar daripada syarikat tersebut. Amaun ini tidak pernah diperoleh semula dan dihapus kira dalam akaunnya. Ini telah menyebabkan PIB mengalami masalah kewangan dan status penyenaraiannya diambil alih oleh DCEIL International Berhad pada 19 Julai 2004.

Hukuman bagi penipuan sekuriti ialah denda minimum sebanyak RM1 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun. Hakim Mahkamah Sesyen, Puan SM Komathy Suppiah menjatuhi hukuman 1 hari penjara dan denda sebanyak RM1 juta terhadap Ngu bagi setiap kesalahan. Hukuman penjara tersebut akan dijalankan secara serentak.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup