Pengarah Urusan Kosmo Technology Group didakwa
7 Jun 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa Dato’ Norhamzah bin Nordin, Pengarah Urusan Kumpulan Kosmo Technology Industrial Berhad (Kosmo Tech) kerana memberi maklumat palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad. Pertuduhan terhadap Dato’ Norhamzah adalah ekoran daripada pendakwaan ke atas Mohd Azham dan Lim Hai Loon di Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2011.

SC mengenakan enam pertuduhan bawah seksyen 122B(a)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan dua lagi pertuduhan bawah seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) terhadap Dato’ Norhamzah berhubung dengan kenyataan palsu dalam lapan laporan suku tahunan beraudit Kosmo Tech mengenai hasil tergabung bagi tahun kewangan 2006 dan 2007. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Dato’ Norhamzah dibenarkan ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin dan dikehendaki menyerahkan pasportnya kepada mahkamah pada atau sebelum 22 Jun 2011. Mahkamah akan mendengar permohonan pihak Pendakwa bagi perbicaraan bersama Dato’ Norhamzah, Mohd Azham dan Lim Hai Loon pada 22 Jun 2011.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup