Pengasas dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Transmile Group Bhd Dipenjara dan Didenda Kerana Kemuka Kenyataan Mengelirukan
27 Ogos 2020   |   Kuala Lumpur

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Transmile Group Bhd (TGB) Gan Boon Aun bersalah kerana mengemukakan kenyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Kenyataan tersebut adalah berhubung penyata kewangan TGB dalam Keputusan Suku Tahun Tidak Beraudit yang Digabungkan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2006. Ia merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 122B (a) (bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) yang dibaca bersama dengan seksyen 122 (1) akta yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Hasbullah bin Adam mendapati Gan gagal membantah peruntukan anggapan tidak dipersetujui atau membenarkan perlakuan kesalahan tersebut dan dia telah menjalankan ketelitian sewajarnya untuk mengelak kesalahan itu selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif TGB.
Tuan Hasbullah bin Adam mengumumkan keputusan tersebut pagi ini, dan menjatuhi Gan hukuman denda sebanyak RM2.5 juta (atau penjara selama 18 bulan) dan hukuman sehari penjara. SC akan mencadangkan kepada pihak Pendakwa Raya untuk membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

Gan, 59, pada ketika itu merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TGB.

SC mendakwa bahawa Gan telah mengemukakan pendapatan TGB yang berlebihan bagi menggambarkan bahawa prestasi kewangan TGB sejajar dengan jangkaan pasaran padahal sebenarnya tidak. SC juga mendakwa bahawa Gan telah memainkan peranan penting dalam menaikkan pendapatan TGB dengan membuat transaksi jualan rekaan antara Transmile Air Services (TAS) dengan 20 pelanggan. TAS merupakan anak syarikat TBG dan penyumbang pendapatan terbesar.

SC berkata bahawa agar tampil seolah-olah 20 pelanggan yang dikatakan telah membuat pembayaran kepada TAS untuk jualan rekaan tersebut, Gan telah membenarkan pembayaran wang daripada TAS kepada beberapa orang daripada 20 pelanggan tersebit sebelum wang itu dipindahkan semula kepada TAS untuk direkodkan sebagai pembayaran sebenar bagi perkhidmatan penerbangan sewa khas oleh TAS.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup