Pengawal Selia APEC Kongsi Pengalaman dengan Malaysia mengenai Penyiasatan dan Penguatkuasaan Efektif dalam Pasaran Modal

Kuala Lumpur, 13 Mei 2002

Sekumpulan pengawal selia kewangan dari negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) berada di Kuala Lumpur dari 6-9 Mei untuk berkongsi pengalaman mereka dalam penyiasatan dan penguatkuasaan pasaran modal dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC), Malaysia, bursa-bursa tempatan dan pejabat Peguam Negara (AG).

Program bertajuk "National Training Programme on Investigation and Enforcement" telah diadakan bawah naungan Inisiatif Latihan Pengawal Selia Kewangan APEC dan dianjurkan bersama oleh Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) SC dan Bank Pembangunan Asia (ADB).

SC dan peserta lain mendapat manfaat yang banyak daripada perbincangan, antara lain, mengenai tatalaku beretika dan profesional pengawal selia kewangan, merancang dan mengurus penyiasatan, isu-isu dan cabaran dalam mengambil tindakan penguatkuasaan sivil dan penyiasatan mengenai dagangan orang dalam dan manipulasi pasaran.

"Program tersebut menyediakan platform bagi Malaysia untuk mempelajari pengalaman pengawal selia kewangan APEC dalam penyiasatan dan penguatkuasaan efektif," kata Pengurus SIDC, Puan Teh Ija Jalil.

"Perkongsian maklumat sedemikian adalah amat berguna kepada SC, bursa-bursa dan pejabat AG untuk mempertingkat fungsi penguatkuasaan pasaran. Penguatkuasaan pasaran yang efektif adalah mencabar dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti penyiasatan dan pendakwaan penipuan pasaran dan memastikan tatalaku beretika dan profesional pengawal selia kewangan, peserta pasaran dan institusi pasaran".

Puan Teh Ija berkata program itu adalah sejajar dengan usaha SC dan institusi pasaran yang berkaitan untuk terus mengetahui perkembangan terkini dalam menguruskan kendala-kendala penguatkuasaan dan memastikan rejim penguatkuasaan diukur rujuk dengan standard antarabangsa.

Penceramah bagi program tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai dari ADB, Australian Law Reform Commission, Hong Kong Futures and Exchange Commission, Ontario Securities Commission, Securities Commission of the Philippines, Securities and Exchange Commission of the United States of America dan Financial Supervisory Service of Korea.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup