Pengawal selia ASEAN bincang kerjasama serantau dalam pasaran modal Islam
18 JanuarI 2013   |   Kuala Lumpur

Pengawal selia ASEAN bertemu di Kuala Lumpur minggu ini bagi membincangkan kerjasama serantau dalam pasaran modal Islam sebagai sebahagian daripada usaha Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF)1 untuk pengintegrasian lebih baik bagi pasaran modal di rantau ini.

Dengan disokong oleh Bank Pembangunan Asia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menganjurkan bengkel dua hari bagi menilai usul untuk pembangunan pasaran modal Islam dan kerjasama di rantau ini, dan untuk membincangkan isu dan cabaran penting berhubung dengan pengawalseliaan, pengoperasian dan hal-hal yang berkaitan Syariah. Dalam kaji selidik yang diadakan oleh SC yang membawa kepada pengendalian bengkel, banyak pengawal selia ASEAN telah menyuarakan minat dalam membangunkan dan mengembangkan pasaran modal Islam mereka sendiri.

Menurut Zainal Izlan, Pengarah Eksekutif Pasaran Modal Islam SC, peluang untuk aktiviti dan transaksi pasaran modal Islam sama ada di dalam atau merentas negara-negara ASEAN adalah sangat besar. "Negara-negara ASEAN perlu menggabungkan sumber-sumber utama dan kebolehan masing-masing bagi mendapatkan pelbagai peluang yang ada bagi melaksanakan transaksi dan aktiviti pasaran modal Islam rentas sempadan bagi meningkatkan daya saing kita secara kolektif dan memperoleh skala ekonomi yang lebih besar.”

Menyedari bahawa pasaran modal Islam berpotensi sebagai bidang penting bagi kerjasama serantau untuk mendorong pertumbuhan ekonomi yang lebih lanjut, bengkel itu merupakan langkah yang signifikan dalam mengenal pasti pendorong dan penghalang dalam memudahcarakan pembangunan pasaran modal Islam di negara-negara ASEAN.

Bengkel itu menarik lebih 60 peserta di rantau ini. Selain daripada pengawal selia pasaran modal dan kewangan, bengkel itu turut disertai oleh wakil-wakil daripada bursa sekuriti, pengamal industri dan persatuan, firma perundangan dan perakaunan, dan badan-badan penetap piawaian.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup