Pengawal selia EU dan Asia-Pacific bertemu KL untuk perkukuh kerjasama dan pengawalseliaan rentas sempadan
31 Oktober 2018   |   Kuala Lumpur
Pengawal selia dari Eropah dan Asia Pasifik bertemu di Forum EU-Asia Pasifik mengenai Pengawalseliaan Kewangan (Forum) di Kuala Lumpur hari ini untuk membincangkan perkembangan kawal selia di kedua-dua rantau, termasuk implikasi rentas sempadan pengawalseliaan di EU.

Forum tersebut diwakili oleh pengawal selia dari Ketua Pengarah Suruhanjaya Eropah bagi Kestabilan Kewangan, Perkhidmatan Kewangan dan Kesatuan Pasaran Modal (DG FISMA), Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA) dan Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO).

Pada edisi ketiganya, Forum telah diadakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Serantau IOSCO Asia-Pasifik, yang dihoskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC Malaysia) dari 29-30 Oktober 2018.

Perbincangan merangkumi perkembangan yang berkaitan dengan Brexit serta inisiatif oleh Kesatuan Pasaran Modal Eropah dan Forum Pasaran Modal ASEAN dalam meningkatkan integrasi dan hubungan serantau. Para perwakilan juga berkongsi pandangan mengenai pelbagai topik termasuk kewangan mampan, perkembangan dalam Fintech dengan memberi tumpuan khusus terhadap aset-aset kripto, pelaksanaan rentas sempadan pengawalseliaan EU termasuk Peraturan Penanda Aras, Arahan Pasaran dalam Instrumen Kewangan (MiFID II) dan Pengawalseliaan Infrastruktur Pasaran Eropah (EMIR) yang disemak semula.

Perwakilan dari EU terdiri daripada Pengarah Pasaran Kewangan, DG FISMA, Suruhanjaya Eropah, Ugo Bassi dan Steven Maijoor, Pengerusi Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA). Pengawal selia kanan dari 16 negara di rantau Asia Pasifik termasuk Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Thailand.

Olivier Guersent, Ketua Pengarah DG FISMA, Suruhanjaya Eropah, dalam ucapan pembukaannya melalui rakaman video berkata: "Rantau Asia Pasifik akan mempunyai pertumbuhan terpantas di dunia pada tahun-tahun akan datang. Kepentingan bersama kami akan meningkat, dan ini menjadikan Forum EU-Asia Pasifik sebagai saluran penting bagi komunikasi bersama. Kami percaya bahawa persekitaran yang tepat adalah tersedia ke arah kerjasama yang bermanfaat dan berterusan antara pihak berkuasa Eropah dan Asia Pasifik, dan integrasi yang baik antara pasaran: visi bersama terhadap pertumbuhan, usaha sama ke arah kesesuaian peraturan, dan platform pelbagai hala yang melengkapkan usaha badan-badan penetapan piawaian global utama dengan membolehkan kita bertemu, berbincang, memahami dan mengukuhkan kepercayaan antara satu sama lain. Perkara adalah amat penting di peringkat global, dan melangkaui pasaran kewangan."

Ranjit Ajit Singh, Naib Pengerusi Lembaga IOSCO dan Pengerusi SC Malaysia berkata, "EU terus menjadi rakan dialog utama bagi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik. Forum ini merupakan platform penting bagi memastikan usaha untuk memacu pertumbuhan pasaran modal domestik di rantau ini mempertimbangkan perkembangan semasa yang berlaku di Eropah, termasuk impak pengawalseliaan terhadap syarikat-syarikat yang beroperasi di Asia Pasifik. "

Steven Maijoor, Pengerusi ESMA, berkata: "ESMA secara aktif telah menyertai Forum EU-Asia Pasifik setiap tahunan dan saya gembira berada di Kuala Lumpur untuk bertemu rakan-rakan saya dari rantau Asia Pasifik. Sememangnya, saya percaya bahawa perbincangan kerap antara pengawal selia dari bidang kuasa yang berbeza adalah penting untuk menyokong pasaran modal global, meningkatkan perlindungan pelabur dan menggalakkan kestabilan kewangan."

Jun Mizuguchi, Pengerusi APRC IOSCO dan Timbalan Pesuruhjaya Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun berkata, "Negara-negara anggota APRC sangat mengalu-alukan dan menyokong Forum kali ketiga ini. Forum unik ini membantu menggalakkan dialog yang membina antara pengawal selia yang berkenaan dari EU dan rantau Asia Pasifik mengenai beberapa isu utama yang berkaitan dengan kerjasama dan pengawalseliaan rentas sempadan, termasuk aset kripto dan kewangan mampan."

SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup