Pengawal Selia Global Lantik Pengerusi SC terajui Jawatankuasa Utama Pengawalseliaan Antarabangsa
29 Mei 2013   |   Kuala Lumpur

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Ranjit Ajit Singh telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Pesat Membangun (EMC) Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO). Sebagai Pengerusi EMC, Datuk Ranjit menerajui jawatankuasa terbesar dalam IOSCO, yang merangkumi 86 negara di seluruh dunia, mewakili ekonomi pesat membangun, termasuk 10 daripada ahli G-20.

Sebagai Pengerusi EMC, Datuk Ranjit juga akan menyandang jawatan Naib Pengerusi Lembaga Pengarah IOSCO, badan pentadbir IOSCO, dan akan mewakili EMC dalam Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB).

Datuk Ranjit menekankan bahawa adalah tepat pada masanya bagi pasaran pesat membangun untuk terlibat dalam perbincangan mengenai pengawalseliaan di peringkat global dalam mengukuhkan kedudukan dan potensi pertumbuhan pasaran ini.

Beliau menambah, “Memandangkan betapa kompleksnya pengawalseliaan dan meningkatnya peranan yang dimainkan pasaran pesat membangun seperti Malaysia, adalah penting bagi pasaran pesat membangun terlibat dalam perbincangan dan proses merangka struktur pengawalseliaan di peringkat global .”

SC adalah komited untuk membangunkan pasaran modal yang kukuh dan berdaya saing, dan menekankan kepentingan perkongsian kepakaran kawal selia dan teknikal, khususnya yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan inisiatif penyeliaan rentas sempadan.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup