Pengawal selia kewangan APEC kongsi pengalaman dengan Malaysia mengenai pengawasan pasaran modal yang efektif

Kuala Lumpur, 4 April 2002

Sekumpulan pengawal selia kewangan dari beberapa negara APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) berada di Kuala Lumpur dari 1-3 Mac untuk berkongsi pengalaman mereka dalam pengawasan pasaran modal dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC), Malaysia dan bursa-bursa tempatan.

Program bertajuk "National Training Programme on Market Supervision" diadakan bawah naungan Inisiatif Latihan Pengawal Selia Kewangan APEC dan dianjurkan bersama oleh Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) SC dan Bank Pembangunan Asia (ADB).

Penceramah di program itu terdiri daripada pegawai dari ADB, Australian Securities and Investment Commission, Hong Kong Futures and Exchange Commission, Monetary Authority of Singapore, Ontario Securities Commission, Securities Commission of the Philippines, Governance Group of the US dan Ernst and Young, Australia.

SC dan para peserta lain mendapat manfaat sepenuhnya daripada perbincangan, antara lain, mengenai penguatkuasaan barisan hadapan yang efektif, rejim pelesenan tunggal, e-dagang, tadbir urus korporat, pengawasan pasaran, pengawasan berasaskan risiko dan proses demutualisasi.

"Program tersebut menyediakan platform bagi Malaysia mempelajari pengalaman pengawal selia kewangan APEC dalam pengawasan pasaran modal," kata Pengurus SIDC, Teh Ija Jalil.

"Perkongsian maklumat sedemikian adalah amat berguna bagi SC dan bursa-bursa untuk meningkatkan fungsi pengawasan pasaran kita. Pengawasan pasaran sememangnya mencabar dan merangkumi pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan para perantara institusi pasaran dan pemantauan dagangan pasaran.

"Ia juga termasuk membangunkan dan mengawas dasar dan peraturan pasaran utama dan memastikan syarikat awam tersenarai mematuhi piawaian laporan kewangan dan akaun yang diluluskan," kata Teh Ija.

Teh Ija berkata program tersebut adalah sejajar dengan usaha SC dan institusi pasaran yang berkaitan untuk terus mengetahui perkembangan terkini dalam pengawasan pasaran, terutamanya dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah dengan pesatnya oleh kerana proses globalisasi dan kemajuan dalam teknologi maklumat.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup