Pengawal Selia Serantau Meningkatkan Kerjasama Rentas Sempadan dalam Pengawasan Pasaran
6 September 2013   |   Kuala Lumpur

Pengawal selia pasaran dari rantau Asia Pasifik baru-baru ini telah berhimpun di Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama pengawasan pasaran rentas sempadan pada 'Forum Integriti Pasaran’ dan sesi tertutup ‘Dialog Pengawal selia Serantau mengenai Pengawasan Pasaran’ anjuran bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC).

Pengawal selia kanan dari Australia, Jepun, Hong Kong, India, Singapura, Thailand dan Malaysia itu berbincang mengenai cabaran sama yang menjejaskan integriti pasaran, yang terhasil daripada kemajuan pesat dalam inovasi teknologi dan kewangan, serta keperluan untuk mengukuhkan kerjasama pengawalseliaan di antara bidang kuasa rentas sempadan mencakupi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengawasan.

Kemajuan dalam teknologi dagangan telah meningkatkan keperluan untuk kerjasama rentas sempadan yang lebih besar di kalangan pengawal selia serantau, kata Dato Dr Nik Ramlah Mahmood, Timbalan Ketua Eksekutif SC, dalam ucapan perasmiannya pada majlis yang dihadiri oleh lebih daripada 150 penggiat pasaran dan pengawal selia serantau.

"Dialog itu menjadi platform yang kena pada masanya bagi pengawal selia di rantau Asia Pasifik membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan integriti pasaran yang disasarkan ke arah memudahcarakan pencapaian matlamat bersama kita untuk membangunkan pasaran modal yang adil dan cekap, disokong oleh pertumbuhan yang mampan dalam negara masing-masing,” tambah beliau.

Penceramah utama termasuklah ialah Greg Yanco, Pemimpin Eksekutif Kanan ASIC; Dato' Charon Wardini bin Mokhzani, CEO CIMB Investment Bank; Sean McHugh, Ketua Pematuhan Goldman Sachs; dan Abhishek Mohla, Pengarah Eksekutif UBS Investment Bank.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup