Pengendali ECF, Pembiayaan P2P Baharu dan Rangka Kerja Pendanaan Hartanah Ramai diumumkan di Meja Bulat Fintech SC
17 Mei 2019   |   Kuala Lumpur
Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng bertemu wakil-wakil industri teknologi kewangan (Fintech) di Sidang Meja Bulat Fintech anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini.

Sidang meja bulat tersebut membincangkan kemajuan industri Fintech dalam memupuk inovasi digital untuk memenuhi keperluan pembiayaan syarikat mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan membolehkan keterangkuman kewangan yang lebih besar bagi penerbit dan pelabur di Malaysia.

SC mengumumkan lapan Pengendali Pasaran Diiktiraf baharu yang terdiri daripada tiga platform ekuiti pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan lima pembiayaan antara rakan setara (P2P). Mereka menerima surat pendaftaran masing-masing daripada Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar yang disaksikan oleh YB Menteri, sebelum bermulanya sidang meja bulat tersebut.

''SC akan terus memudahcarakan pembangunan penyelesaian digital yang inovatif yang mendemokrasikan akses kepada pelaburan di samping memberi lebih banyak pilihan pembiayaan yang tersedia kepada semua rakyat Malaysia. Pengenalan ECF dan pembiayaan P2P menyediakan sumber modal alternatif kepada PMKS untuk membiaya pengembangan perniagaan, modal kerja kewangan dan memenuhi keperluan kewangan yang lain," kata Syed Zaid.

Dengan penambahan penggiat ECF dan pembiayaan P2P yang baharu, yang akan beroperasi menjelang akhir tahun ini, kini terdapat 21 pengendali platform pembiayaan berasaskan pasaran yang berdaftar di Malaysia. Pada akhir Mac 2019, pasaran ECF dan pembiayaan P2P telah menyediakan kira-kira RM350 juta pembiayaan alternatif kepada hampir 900 PMKS di Malaysia.

SC juga mengumumkan rangka kerja pendanaan hartanah ramai yang baharu berikutan pindaan yang dibuat kepada Guidelines on Recognized Markets (Garis Panduan Pasaran yang Diiktiraf). Ini adalah susulan kepada inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2019 untuk menyediakan saluran pembiayaan alternatif kepada pembeli rumah kali pertama.
Pendanaan hartanah ramai menawarkan potensi yang sama seperti platform ECF dan pembiayaan P2P dalam menyediakan sumber pembiayaan alternatif tetapi ia adalah secara khusus untuk pembeli rumah kali pertama. Pada masa yang sama, ia akan menyediakan kepada pelabur, akses kepada pilihan pelaburan baharu.

Untuk menyokong integriti skim ini dan melindungi kepentingan pelabur, garis panduan yang disemak tersebut menyenaraikan keperluan dan obligasi pengendali platform pendanaan hartanah ramai. Ini termasuk keperluan dana pemegang saham minimum sebanyak RM10 juta; obligasi untuk menyediakan maklumat yang adil, jelas dan tepat pada waktunya kepada pembeli rumah dan pelabur sebelum menyertai kempen pendanaan hartanah ramai; dan tarikh untuk keluar pada akhir tempoh yang dipersetujui.

Rangka kerja pendanaan hartanah ramai tersebut diumumkan selepas mempertimbangkan, antara lain, maklum balas dan input daripada orang awam termasuk penggiat industri ketika perundingan awam baru-baru ini oleh SC.

Pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengendalikan platform pendanaan hartanah ramai kepada SC bermula 17 Mei 2019 kepada [email protected]. Butiran lanjut boleh didapati di www.sc.com.my.
Minister of Finance YB Tuan Lim Guan Eng and Securities Commission Malaysia Chairman Datuk Syed Zaid Albar met with representatives of financial technology (fintech) industry at a Fintech Roundtable organised by the SC
SECURITIES COMMISSION MALAYSIA

NOTE TO EDITORS
  1. The Fintech Roundtable was attended by representatives of equity crowdfunding (ECF) platforms, peer-to-peer (P2P) financing platforms, digital investment management service providers and digital-only intermediaries regulated by the SC.
  2. The new Recognized Market Operators are:
    - ECF (3): Ethis Ventures, 1337 Ventures, My Startr
    - P2P (5): Bay Smart Capital Ventures, Capsphere Services, Crowd Sense, MicroLEAP, MoneySave Capital 
  3. In the initial phase, only certain eligible properties and homebuyers will be allowed to participate in property crowdfunding. Eligible participants must be first-time homebuyers, Malaysians and above 21 years old. Meanwhile, the eligible properties must be completed residential properties with valid certificate of completion and compliance; valued at not more than RM500,000 at point of primary offering; and limited to properties within Malaysia with valid and effective legal title with no encumbrances attached.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup