Pengerusi SC dilantik jawatan badan penetapan piawaian antarabangsa
12 Februari 2019   |   Kuala Lumpur
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar, telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) dan Jawatankuasa Pasaran Pertumbuhan dan Pesat Membangun (GEM).

Keutamaan Jawatankuasa GEM IOSCO antara lain, bertumpu kepada kerja dasar dan pembangunan yang berkaitan dengan pasaran pesat membangun; penilaian risiko dan kerentanan; serta pembinaan kapasiti kawal selia. Ia merupakan Jawatankuasa terbesar IOSCO, yang mewakili hampir 80% keanggotaan IOSCO, termasuk 11 daripadanya anggota G20.

Selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa GEM, Datuk Syed Zaid akan menjadi ahli Lembaga IOSCO, badan pentadbir dan penetap piawaian IOSCO. Datuk Syed Zaid juga mempengerusikan Kumpulan Kerja Jawatankuasa GEM IOSCO mengenai Kemmpanan dalam Pasaran Pesat Membangun.

Datuk Syed Zaid berkata, "Kerjasama dan penglibatan antarabangsa melalui IOSCO adalah penting memandangkan persekitaran pasaran yang semakin kompleks, inovasi kewangan yang kian berkembang dan aktiviti rentas sempadan yang meningkat."

"Kedudukan kepimpinan Malaysia di IOSCO memperkukuhkan komitmen SC untuk memacu agenda kewangan digital dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam kewangan mampan," katanya.

IOSCO merupakan penetap piawaian global terkemuka bagi pengawalseliaan sekuriti, yang mana keanggotaannya mengawal selia lebih 95% pasaran sekuriti dunia di lebih 115 bidang kuasa.

SC menubuhkan Hab IOSCO Asia Pasifik di Kuala Lumpur, Hab Serantau pertama yang ditubuhkan di luar ibu pejabat IOSCO di Madrid, Sepanyol.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup