Pengerusi SC terima anugerah kewangan Islam berprestij
3 Julai 2009   |   Kuala Lumpur
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Tan Sri Zarinah Anwar telah menerima anugerah berprestij “Most Outstanding Contribution to the Development of an Islamic Capital Market” (Sumbangan Paling Cemerlang kepada Pembangunan Pasaran Modal Islam) yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Sukuk London pada 2-3 Julai 2009. 

Anugerah Sidang Kemuncak Sukuk London itu memberikan penghormatan dan penghargaan kepada usaha-usaha individu dan institusi yang telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan industri kewangan Islam secara global. Tan Sri Zarinah, yang juga telah menyampaikan ucap utama di siding kemuncak itu, menerima anugerah tersebut pada 2 Julai 2009 dalam satu upacara penganugerahan di London.

“Anugerah itu mencerminkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap peranan penting yang telah dimainkan oleh SC dan akan terus dilaksanakan dalam pembangunan kewangan Islam”, kata Tan Sri Zarinah.

“Bergerak ke hadapan, kami akan terus berusaha memperkenalkan produk patuh Syariah yang baru dan lebih berinovasi di pasaran kita. Kami akan menggunakan kerangka kerja pengawalseliaan kita yang mudah cara dan peranan Malaysia sebagai perintis dalam pembangunan pasaran modal Islam untuk menggalakkan dan mempercepatkan lagi pertumbungan sebuah pasaran kewangan Islam global yang cergas dan berdaya saing,”tambahnya.

Sejak mengambil alih teraju SC pada April 2006, Tan Sri Zarinah sentiasa tampil ke depan dalam pembangunan pasaran modal Islam. Bawah pengawasan beliau, Malaysia kekal berdiri dengan kukuh sebagai antara penerbit sukuk global terbesar, dengan 60% penerbitan sukuk dunia berasal dari Malaysia.

Kini, kira-kira 87% sekuriti tersenarai di bursa saham Malaysia adalah patuh Syariah. Malaysia menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan patuh Syariah, termasuk ekuiti, sukuk, dana unit amanah, ETF Islam, REIT Islam dan produk berstruktur dan derivatif patuh Syariah.

Sidang Kemuncak Sukuk London 2009 itu, dengan tema “Inovasi Masa Hadapan: Generasi Akan Datang bagi Struktur Pasca Luluh Kredit Sukuk/Bersedia untuk Gelombang Tawaran ICM Akan Datang” (“Innovating for the Future: The Next Generation of Post Credit Crunch Sukuk Structures / Preparing for the Next Wave of ICM Offerings”), anjuran ICG Events dan disokong oleh HM Treasury, UKTI, The London Stock Exchange, International Financial Services London (IFSL) dan The Arab British Chamber of Commerce.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup