Penggantungan Jualan Singkat Intra Hari dilanjutkan sehingga akhir 2021
26 Ogos 2021

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) telah melanjutkan penggantungan sementara bagi Jualan Singkat Intra Hari (Intraday Short Selling - IDSS) dan Pedagang Harian Proprietari (Jualan Singkat PDT) sehingga 31 Disember 2021. Berikutan pelanjutan penggantungan ini, pengecualian sementara yang berkaitan dengan PDT juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Penggantungan sementara IDSS dan PDT ini diperkenalkan pada 24 Mac 2020 sebagai sebahagian daripada tindakan proaktif pengawal selia untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul berikutan ketaktentuan pandemik COVID-19. Langkah penggantungan lanjutan ini telah berkuat kuasa pada 22 Februari 2021 dan akan tamat pada 29 Ogos 2021.

Keputusan untuk melanjutkan penggantungan ini dibuat setelah pelbagai inisiatif dipertimbangkan untuk meningkatkan langkah-langkah kawalan terhadap aktiviti jualan singkat intra hari bagi meningkatkan kestabilan pasaran dan memperkukuh integriti pasaran modal.

Pelanjutan tempoh ini membabitkan pembaharuan berterusan terhadap sistem dagangan Bursa Malaysia untuk meningkatkan keseluruhan kapasiti dan ketahanan sistem Bursa Trade Securities 2 (BTS2), termasuk penggunaan automatik "peraturan at-tick". Di bawah peraturanini, pesanan Jualan Singkat IDSS dan PDT hendaklah ditetapkan pada harga jual yang terbaik atau lebih tinggi.

SC dan Bursa SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau perkembangan yang mempengaruhi pasaran sekuriti dan menilai kecukupan langkah-langkah sedia ada bagi menyokong pasaran yang teratur dan mengurangkan potensi risiko.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BURSA MALAYSIA BERHAD

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup