Pengurus dana tidak sah dipenjara 4 tahun kerana skim penipuan pelaburan Internet
9 Julai 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang ahli perniagaan, Phazaluddin bin Abu, 49, selepas dia disabitkan kesalahan menjalankan skim penipuan pelaburan secara dalam talian tanpa mempunyai lesen pengurus dana.

Dia merupakan orang pertama di negara ini yang disabitkan kesalahan menjalankan skim pelaburan dalam talian secara tidak sah, selepas siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati bahawa dia telah mengumpulkan RM65 juta daripada 52,000 pelabur dalam tahun 2007 melalui laman web www.danafutures.com. Laman web itu mendakwa sebagai kumpulan pengurusan aset dan pelaburan yang berfokus kepada perniagaan dan pengurusan dana.

Phazaluddin juga disabitkan atas tiga kesalahan bawah Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) kerana mengambil bahagian dalam aktiviti pengubahan wang haram yang membabitkan sejumlah RM1.3 juta dan dikenakan hukuman dua tahun penjara bagi setiap pertuduhan. Mahkamah memerintahkan seupaya Phazaluddin menjalani hukuman penjara bagi semua kesalahan itu secara serentak.

SC, yang menjalankan perbicaraan itu bersama dengan Kamar Peguam Negara, memohon kepada mahkamah supaya mengenakan hukuman berat kerana membabitkan jumlah besar dana pelabur.

Hakim Mahkamah Sesyen, SM Komathy Suppiah, dalam membuat keputusannya, menyatakan bahawa terdapat keperluan dalam mengenakan hukuman penjara dan bukan denda dalam kes ini.

Hukuman penjara yang dikenakan oleh mahkamah merupakan amaran keras kepada mereka yang lain bahawa mencabuli amanah orang ramai dalam jumlah yang begitu besar tidak akan dipandang ringan oleh pengawal selia dan mahkamah.

Ia juga merupakan satu peringatan kepada para pelabur supaya lebih berhati-hati terhadap sebarang skim pelaburan yang kelihatan sah, diuruskan secara profesional dan menawarkan pulangan atau peluang pelaburan yang menarik.

Phazaluddin didakwa pada 29 Februari 2008 bagi kesalahan bawah seksyen 15A(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 bersama tiga tuduhan bawah seksyen 4(1) AMLATFA.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup