Pensyarah kolej undang-undang terulung US berucap di seminar dan bincang petang SIDC

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2001

Bernard Black, Professor Undang-undang di Stanford Law School yang unggul, Amerika Syarikat, akan menjadi pensyarah jemputan khas di seminar setengah hari dan bincang petang anjuran Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) Suruhanjaya Sekuriti (SC). Kedua-dua program ini akan diadakan pada 28 Ogos 2001 di bangunan SC di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan turut disokong oleh Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA).

Objektif seminar dan bincang petang tersebut adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta pasaran mengenai isu-isu berkaitan dengan pembaharuan undang-undang syarikat dalam ekonomi baru muncul dan khususnya bermanfaat kepada para penggubal dasar Kerajaan dan badan-badan berkaitan, pengawal selia, pengarah syarikat tersenarai, setiausaha syarikat, peguam, pengurus-pengurus kanan, akauntan, pengawal kewangan, rakan kongsi dan pengurus kanan firma perakaunan, ahli akademik dan konsultan penyelidikan.

Seminar "The Legal & Institutional Preconditions for a Strong Securities Market"

Dalam seminar bertajuk "The Legal & Institutional Preconditions for a Strong Securities Market', Professor Black akan membincangkan perhubungan antara perihalaku tadbir urus korporat dan nilai pasaran, yang merangkumi topik seperti berikut:
Cabaran Membangunkan Pasaran Sekuriti yang Kukuh
Pengajaran daripada Ekonomi-ekonomi Matang
Panduan bagi Pembaharuan
Menghadapi Cabaran dan Kekurangan
Meningkatkan Nilai Pasaran melalui Tadbir Urus Korporat yang Baik
Seminar ini lulus CPE-SIDC dan memberikan lima mata CPE. CPE merupakan program Pendidikan Professional Berterusan SIDC yang diperkenalkan pada Januari 2001 bagi meningkatkan kelayakan professional wakil-wakil berlesen dan dalam jangka masa panjang, menjadikan budaya pendidikan berterusan dan peningkatan di kalangan mereka. Mata yang dikumpul dengan menghadiri program CPE akan menjadi syarat untuk memperbaharui lesen wakil-wakil peniaga daripada Julai 2002 dan akan merangkumi semua kategori lesen lain. Seminar tersebut juga diiktiraf dengan empat jam kredit CPD oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Bincang Petang "Company Law Reform in Emerging Economies"

Dalam bincang petang bertajuk "Company Law Reform in Emerging Economies" yang akan diadakan pada hari yang sama, Professor Black akan berkongsi pandangan beliau mengenai topik-topik seperti:
Implikasi dalam Aliran Global Baru Muncul
Inisiatif Undang-undang Syarikat Yang Boleh Memperbaiki Daya Saing Sesebuah Syarikat
Akses kepada Modal Kewangan Luar
Penggalakan Insentif-insentif Keusahawanan
Peningkatan Peruntukan Modal
Sebelum ini, Professor Black merupakan Professor Undang-undang di Columbia Law School dan Kounsel kepada Pesuruhjaya Joseph Grundfest di Securities and Exchange Commission Amerika Syarikat (US SEC) (1983-87). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai peguam yang mengkhusus dalam percantuman dan perolehan .

Professor Black pernah menjadi penasihat bagi pembaharuan undang-undang syarikat dan sekuriti di Armenia, Indonesia, Korea, Mongolia, Rusia, Ukraine dan Vietnam. Beliau telah menulis pelbagai artikel dalam bidang undang-undang korporat dan sekuriti, tabdir urus korporat dan kewangan korporat. Beliau juga merupakan penulis bersama bagi The Law dan Finance of Corporate Acquisitions dan Guide to the Russian Law on Joint Stock Companies.

Yuran pendaftaran dan maklumat lanjut

Yuran pendaftaran bagi seminar ini ialah RM300 tiap seorang, sementara bagi bincang petang ialah RM80 seorang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Sharizan Shaharuddin di nombor telefon:03-6204 8598 (bagi seminar) atau EnciK Noor Hadi Ali di nombor telefon:03- 6204 8660 (bagi bincang petang) atau faks:03-6201 5811. Butir-butir terkini bagi kedua-dua program boleh didapati di laman web rasmi SC di www.sc.com.my.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup