Peraduan Mengarang Esei SIDC Mengenai Pelaburan dalam Pasaran Modal

Kuala Lumpur, 31 Mei 2006

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian pendidikan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti (SC), melancarkan peraduan mengarang esei bertemakan "Pengalaman Pelaburan Saya" yang bermula pada 1 Jun 2006. Para pelabur adalah dipelawa untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka dalam melabur dalam pasaran modal Malaysia dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai antara RM2000 dan RM200 setiap satu.

Melalui peraduan ini, SIDC mensasarkan untuk meningkatkan kesedaran pelabur mengenai pentingnya pelaburan yang berhati-hati, serta risiko dan ganjaran yang berkaitan dengan pelaburan.

Peraduan mengarang esei ini terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan tarikh tutup peraduan adalah pada 15 Julai 2006. Setiap penyertaan mestilah mengandungi pengalaman peribadi penulis dalam dagangan di pasaran saham, melabur dalam produk atau skim pasaran modal, atau hal-hal lain yang berkaitan dengan pelaburan. Esei tersebut mestilah antara 800 hingga 1200 perkataan, dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut dan borang penyertaan boleh didapati di sini dan di laman web Pelabur Malaysia . Mereka yang berminat dinasihatkan agar membaca terma dan syarat peraduan sebelum mengemukakan penyertaan mereka.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup