Pergerakan Pertumbuhan Pasaran Modal yang Baik dalam Q1 2008

Kuala Lumpur , 18 April 2008

Suku tahun pertama 2008 mencatatkan pergerakan pertumbuhan yang baik bagi pasaran modal Malaysia. Pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan bilangan dan nilai cadangan sekuriti hutang swasta (PDS) dan tawaran awam awal (IPO) yang diluluskan antara Januari dan Mac tahun ini.

SC meluluskan 28 PDS yang bernilai RM38.3 bilion dalam suku tahun pertama 2008. Ini adalah sekali ganda nilai cadangan PDS yang diluluskan dalam suku tahun pertama 2007.

Selain itu, sejumlah 13 daripada 15 tawaran IPO yang dipertimbangkan telah diluluskan dalam suku tahun pertama 2008. Daripada 13 cadangan yang diluluskan, enam dicadangkan bagi Papan Utama, tiga bagi Papan Kedua dan empat bagi Pasaran MESDAQ.

Terdapat peningkatan yang ketara dalam minat terhadap IPO daripada syarikat-syarikat bermodal besar dalam suku tahun pertama tahun ini. Daripada enam permohonan yang diluluskan untuk Papan Utama, lima daripada syarikat dengan permodalan pasaran yang masing-masing melebihi RM500 juta.

SC mengekalkan standard prestasi kukuhnya dengan 98.7 peratus permohonan pelesenan dan 96 peratus cadangan korporat diproses dalam piagam masa. Sejumlah 1,958 permohonan diterima bagi lesen baru dan pembaharuan lesen dalam suku tahun kedua 2008.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC merangkumi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan penyerahan, termasuk masa dan sebab. Selain petunjuk kad skor itu, statistik suku tahunan yang diluluskan oleh SC untuk suku tahun pertama 2008 turut dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC dipaparkan di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup