Permainan simulasi pasaran saham SIDC kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2002

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) hari ini mengumumkan Permainan Simulasi Pelabur Bijak, permainan simulasi pasaran saham Malaysia yang pertama, kini boleh didapati di tapak web Suruhanjaya Sekuriti (SC) di www.sc.com.my/wise_investor.html.

Pelabur Bijak ialah permainan pendidikan atas talian berasaskan versi Inggeris permainan “Wise Investor”, yang dilancarkan oleh SIDC pada tahun 1999.

“Pelabur Bijak diwujudkan untuk memenuhi permintaan bagi kaedah pendidikan pelaburan dalam bahasa kebangsaan, ” kata Teh Ija Mohd Jalil, Pengurus SIDC.

“Permainan itu merupakan alat belajar sendiri, satu cara yang inovatif dan menyeronokkan bagi orang ramai untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai pelbagai produk (pasaran modal) dan memperolehi pengalaman melabur dalam pasaran saham. Ia boleh digunakan dalam persekitaran latihan bilik darjah/kuliah,” kata Teh Ija.

“Ia juga mendidik orang ramai mengenai strategi dagangan yang berguna bagi mereka untuk membuat keputusan yang berdasarkan pengiraan apabila mereka melabur dalam “persekitaran sebenar”, kata Teh Ija.

Walau bagaimanapun, Teh Ija menekankan bahawa adalah penting bagi orang ramai untuk mendapatkan bantuan daripada individu berlesen apabila mereka benar-benar membuat keputusan untuk melabur.

Pelabur Bijak, seperti Wise Investor, mempunyai tiga kategori; menjalankan dagangan dalam saham, bon dan niaga hadapan indeks saham. Di setiap pilihan, pemain perlu menganalisis dan menilai berita dan peristiwa berkaitan keadaan ekonomi untuk menentukan arah pasaran, dan kemudiannya membuat keputusan ke atas urus niaga sama ada untuk membeli, menjual atau mengekalkan pelaburan mereka. Objektifnya ialah untuk melaksanakan urus niaga yang menguntungkan pada akhir permainan itu.

Selain daripada glosari mengenai istilah pasaran saham, Pelabur Bijak juga menyediakan tutorial mengenai tajuk asas pelaburan, iaitu:

  • “Biarkan wang anda bekerja untuk anda – memahami keperluan untuk melabur”
  • “Lima jenis pelaburan asas – menentukan instrumen pelaburan yang terbaik bagi anda”
  • “Memilih saham – memahami kaedah memilih saham”
  • “Apakah khidmat yang broker boleh berikan bagi anda – menerangkan peranan yang dimainkan oleh broker anda dalam menawarkan nasihat pelaburan dan/atau melaksanakan arahan urus niaga”
  • “Membaca halaman saham – menentukan harga penutup, hasil, perubahan jualan dan harga”
  • “Peraturan emas– mengkaji semula 10 prinsip asas pelaburan apabila melabur dalam pasaran saham”

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup