Permohonan Dibuka: Program Felo Sarjana Tamu SC-OCIS dalam Kewangan Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford UK

15 Jun 2022  |  Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) UK mempelawa para sarjana untuk memohon penyertaan dalam Program Felo Sarjana Tamu SC-OCIS ke-11 dalam bidang Kewangan Islam bagi sesi akademik 2022/23.

Program ini terbuka kepada ahli akademik atau pengamal yang berkebolehan dalam menjalankan penyelidikan gunaan secara bebas mengenai topik kontemporari yang berkait rapat dengan pasaran modal Islam, dengan keutamaan diberi kepada Maqasid al Shariah, kewangan sosial Islam dan fintech, ekonomi halal, pelaburan berimpak dan topik berkaitan SRI.

Pemohon perlu berkepakaran dalam kewangan Islam dan/atau disiplin yang berkait rapat dengan pengalaman praktikal yang luas dalam bidang berkaitan. Tarikh tutup penyerahan permohonan adalah pada 10 Julai 2022. Klik di sini untuk memohon.

Pemohon yang berjaya dijangka akan memulakan program tamu selama satu tahun akademik di OCIS mulai Oktober 2022.

Di samping menjalankan penyelidikan, sarjana terpilih juga sesekali dikehendaki menyampaikan syarahan dan mengadakan seminar, terlibat dalam kajian kolaboratif, dan menyumbangkan tenaga kepada institusi berkaitan.

Program yang diperkenalkan pada tahun 2012 ini telah mendapat sambutan yang baik di seluruh dunia dengan pemohon yang terdiri daripada pelbagai bidang, mewakili kepelbagaian dan keterangkuman kewangan Islam. Ia menarik minat para sarjana yang terdiri daripada ahli akademik dan pengamal industri dari Malaysia, Eropah, Timur Tengah dan benua Amerika.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SC dalam mengekalkan dan mengglobalisasikan pembangunan pasaran modal Islam melalui perkongsian strategik dengan OCIS, dengan kepimpinan pemikiran bertindak sebagai tonggak utama.

Untuk butiran lanjut mengenai Program SIR, sila layari bahagian `Visiting Fellowship’ di laman web OCIS di www.oxcis.ac.uk.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup